Our social:

Selasa, September 04, 2012

Takziah Buat Normariana - 4MPV

Takziah buat pelajar SMK Baru Normariana Bt Dandan Istia kerana telah kehilangan Ibu yang tercinta Allahyarhamah Rauyah Bt Abdullah semasa akhir Ramadhan lalu. Di saat semua umat Islam bergembira menyambut Aidilfiri keluarga ini ditimpa kesedihan. Namun, semua itu sudah ditakdirkan. Manusia hanya mampu merancang Allah SWT yang menentukan. Pihak sekolah amat sedih menerima berita ini, semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman..

En. Salim sedang menghitung wang yang didermakan oleh para dermawan SMK Baru Miri..
Wang dema yang belum di hitung..
Derma ikhlas warga SMK Baru Miri..
Ekoran dari itu, satu tabung derma telah dilancarkan pada hari Rabu, 29 Ogos lalu dan mendapat sambutan yang baik dari semua pelajar dan guru-guru. Jumlah keseluruhan, termasuk RM100 dari Koperasi dan RM200 dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Smk Baru Miri ialah RM825.

Menurut En. Dandan Isterinya meninggal di Hospital Kuching kerana sakit darah tinggi dan ketumbuhan dalam kepala selepas 3 minggu di masukkan ke dalam wad. Allahyarhamah mempunyai 11 orang anak, 3 darinya masih bersekolah. Beliau meninggal pada hari jumaat, 2 hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri - Alfatehah
Terima kasih kepada semua DERMAWAN SMK Baru Miri dan saya doakan Allah SWT akan menggandakan rezeki anda. Wang derma tersebut telah disampaikan kepada keluarga berkenaan pada 5 September 2012 di dalam bilik pengetua jam 10.25 pagi. Semoga sumbangan kita dapat meringankan sedikit beban dan kesediahan mereka. Alfatehah..

Terima kasih Cikgu..