Our social:

Sabtu, Ogos 11, 2007

Logo Sekolah


 Pengertian Warna Pada Logo Sekolah

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan, dan pengorbanan seluruh warga sekolah SMK Baru Miri dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan kurikulum dan kokurikulum serta ketinggian maruah dalam proses membina SMK Baru Miri sebagai sekolah contoh.

Warna kuning melambangkan pekerti dan maruah SMK Baru Miri yang sentiasa terpelihara dari segala unsur yang tidak diingini demi memelihara keharmonian warganya. Warna ini juga menggambarkan ketinggian peraturan sekolah , perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan SMK Baru Miri mempunyai kekayaan sumber manusia yang terdiri daripada berbilang kaum yang merupakan landasan bagi memajukan sekolah ini dalam kurikulum dan kokurikulum.

Pengertian Simbol Pada Logo Sekolah

Topi segi empat melambangkan semangat yang menyala dan berkobar-kobar untuk terus maju dalam akademik sehingga sampai ke menara gading, bersedia untuk bersaing dan sentiasa mengambil bahagian dalam apa jua bidang.

Segulung sijil melambangkan setiap warga SMK Baru Miri khususnya di kalangan pelajar yang bersedia menerima seberapa banyak ilmu pengetahuan, menghormati guru, berdikari, berbudi pekerti dan berakhlak mulia.

Orang berlari melambangkan kesungguhan dan sentiasa aktif dalam kokurikulum agar dapat menguasai pelbagai kemahiran seiring dengan perkembangan dunia globalisasi.

Lima bulatan kecil melambangkan perpaduan, keutuhan dan ketegasan warga SMK Baru Miri di samping melambangkan seluruh warga SMK Baru Miri bertunjang kepada lima prinsip rukun negara.

Menara minyak melambangkan SMK Baru Miri bakal menjadi sebuah sekolah yang ternama dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di bandaraya Miri iaitu bandaraya minyak.