Sabtu, November 15, 2014

SMK Baru Miri Memonopoli Kemenangan !

Pada 14 November yang lalu, telah berlansungnya Majlis Hari Promosi Kesihatan Pergigian Peringkat Bahagian Miri 2014 di Pusat Beli Belah Bintang Megamall.

Apa yang menariknya disini, sebanyak 10 orang pelajar SMK Baru Miri dibawah naungan Cikgu Shuckry Jamiri telah dihantar untuk menghadiri majlis tersebut. Hal ini demikian kerana dua minggu sebelum majlis ini berlangsung, sekolah telah diminta untuk menghantar penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Poster Pergigian Peringkat Bahagian Miri 2014 dan tujuan mereka menghadiri majlis ini adalah untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut.

Lebih membanggakan, SMK Baru Miri telah berjaya merangkul Juara, Naib Juara, Ketiga dan 7 lagi hadiah saguhati yang lain. Ini bermakna SMK Baru Miri telah berjaya memonopoli kemenangan dalam pertandingan ini ! Tahniah !

Berikut adalah keputusan pertandingan :-

  • Juara : Yasarah Binti Yusuf
  • Naib Juara : Nur Sabrina Binti Muhili
  • Ketiga : Abdullah Bin Nudin
  • Saguhati :- 
      • Abel Albright Anak Mereni
      • Nur Arifah Binti Jeni
      • Mohd Hasbullah Farhan
      • Nicole Anak Charles
      • Akmal Shukri Bin Japeri
      • Evia Puyang Richard
      • Mohd Zarly Wafiuddin Bin Mohd Shamsul


Gambar-gambar sekitar majlis ini ....







Tahniah dan jutaan terima kasih diucapakan kepada Cikgu Shuckry Jamiri kerana telah berjaya menyediakan pelajar dlama pertandingan ini. Tahniah ! Kejayan Manis buat warga sekolah !

Pemidato SMK Baru Miri terus Cemerlang !

Pada 9 November yang lalu, telah berlangsungnya sebuah Pertandingan Pidato "Speak-Out" sempena Kem Mesra Alam Peringkat Bahagian Miri 2014 di Taman Negara Lambir.

Dalam Pertandingan tersebut, SMK Baru Miri telah menurunkakn pemidato tingkatan 3 iaitu Abdullah Bin Nudin dari kelas 3 Arif. Berbekalkan pengalaman menyertai Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Bahagian Miri pada bulan febuari yang lalu, sekolah tidak teragak-agak untuk menurunkan beliau.

Dengan harapan yang tinggi disandarkan pada beliau, pengalaman beliau amat diperlukan untuk memastikan SMK Baru Miri pulang dengan sesuatu dalam pertandingan tersebut.Ternyata Berhasil ! Beliau telah berjaya memenangi gelaran Naib Johan  dalam pertandingan tersebut. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !




Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Ling dan Cikgu Nurulamira kerana telah berjaya membawa nama sekolah ke tahap ini .. Tahniah sekolah ucapkan !

Khamis, Oktober 30, 2014

Juara Peringkat Negeri Sarawak !

Pada 30 Oktober 2014 yang lalu, telah berlangsungnya sebuah Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Miri. Majlis ang cukup meriah tersebut telahpun di rasmikan oleh Menteri Kesihatan Awam, YB Jerip anak Susil ..

 Apa yang menariknya disini, seorang pelajardari kelas 3 Arif, Abdullah Bin Nudin telah berjaya merangkul Juara dalam Pertandingan Menulis Sajak/Lagu Peringkat Negeri Sarawak yang bertemakan " Jimat wang ! Berhenti Merokok ! Selamatkan Nyawa ! ". Pencapaian ini amat membanggakan pihak sekolah sekaligus berjaya mengharumkan nama sekolah.

Ternyata sajak yang bertajuk " Durjana Rokok " yang ditulis penuh oleh Abdullah Bin Nudin ini telah berjaya mencuri hati juri untuk dipilih sebagai juara . Menurut juri pertandingan, pertandingan tersebut telah disertai peserta dari seluruh negeri Sarawak dan Miri menjadi daerah yang paling banyak menghantar penyertaan. Beliau turut mengakui persaingan dalam pertandingan ini adalah tersangatlah sengit .








Naib Juara dan Ketiga masing-masing diraih oleh pelajar-pelajar dari SMK Pujut Miri.

Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Nurul Amira yang sentiasa membimbing pelajar tersebut sehingga sampai ke tahap ini. Semoga pencapaian seperti ini dapat kita lihat lebih banyak lagi agar SMK Baru Sentiasa Cemerlang !

Majlis Makan Malam Penghargaan kepada Ahli Lembaga Pengawas Sesi 2013/14

Majlis makan malam penghargaan kepada Ahli Lembaga Pengawas sesi 2013/14 telah berlangsung pada 25 Oktober 2014 di Dewan Sri Harmoni SMK Baru Miri bermula jam 7:00 malam.





Tujuan majlis tersebut ialah untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pengawas dalam usaha sama2 menjaga disiplin pelajar. Mereka juga adalah contoh kepad pelajar lain dan keppinan mereka sewajarnya dihargai.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Mantan PIBG SMK Baru Miri En Anuar Hj Ahmad dan tamat jam 9:30 malam..

Tahniah kepada Lembaga Pemimpin pelajar yang baru dilantik dan tahniah atas penganjuran majlis ini. Terima kasih juga kepad Cg Mohd Shorkri Abdullah dan Cg Tan Guek Ee serta guru-guru disiplin yang lain...

Mesyuarat Agong PIBG SMK Baru Miri !

Mesyuarat Agong PIBG SMK Baru Miri telah pun berlangsung pada hari Sabtu 25 Oktober lalu di Dewan Sri Harmoni SMK Baru Miri. Dalam mesyuarat tersebut Tuan Haji Abdullah telah dilantik sebagai YDP baru untuk sesi 2014 hingga 2016 menggantikan YDP Sebelum ini iaitu Kaunselor Anuar Bin Hj Ahmad.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Abdullah dan selamat menjalankan tugas sebagai YDP baru, manakala ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kaunselor Anuar yang telah berkhidmat sebagai kaunselor hampir 6 tahun dengan cemerlang..






Terima kasih juga kepad Eksco PIBG yang lama dan selamat berkhidmat kepad Eksco yang baru.

Sebelum itu, semua ibu bapa dan guru2 yang hadir telah diberi taklimat oleh pengetua tentang sarana ibu bapa dan sarana sekolah.

Sama-sama kita berusaha menjadikan SMK Baru Miri sentiasa cemerlang..

Pasca PT3 !

Tahniah kepada para pelajar tingkatan 3 yang mengikuti Pasca PT3 yang akan berakhir pada hari khamis ini 30 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti telah diatur kepada mereka dan semuanya dapat dilaksanakan dengan baik..







Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cg Ibrahim dan Cg Norfarhah guru bimbingan dan kaunseling serta semua guru yang terlibat dalam program ini..
Copyright © 2014 SMK BARU MIRI