Our social:

Sabtu, Ogos 11, 2007

Sejarah Sekolah


SMK Baru Miri ditubuhkan pada 2 Januari 1989. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang bangunan di SRK Pujut Corner terletak di Pujut Corner, Miri. Sesi persekolahan hanya dijalankan pada sebelah pagi untuk 6 kelas peralihan dan 3 kelas tingkatan 1. Pada masa itu jumlah guru yang bertugas adalah seramai 18 orang sementara bilangan pelajar adalah seramai 360 orang.

Pada tahun 1991, sekolah ini telah mencatatkan sejarah apabila seramai 72 orang pelajar telah berjaya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) buat kali pertama. Pada tahun 1995 pula, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikemukakan buat kali pertama.

Sekitar Pembinaan SMK Baru Miri

Jalan masuk utama

 


Blok pentadbiran

 


Blok Akademik

 


Dewan sekolah

 


Kediaman kakitangan 

 


Kantin dan tempat letak basikal

 

Setelah 9 tahun berada di SRK Pujut Corner, akhirnya pada  tanggal 18 Disember 1998 SMK Baru Miri telah berpindah ke tapak sekarang di Jalan Cahaya, Lopeng.

Kini, sekolah ini berupaya menyediakan 33 kelas untuk menampung populasi pelajar seramai lebih kurang 850. Prasarana dan persekitaran kondusif ini telah menyuntik semangat kepada seluruh warganya yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

SMK Baru Miri sekarang


Blok Pentadbiran

 


Dewan Sri Harmoni

 


Taman Alam Anda

 


Blok Akademik

 


Kantin dan Pondok Bacaan