Our social:

Khamis, Julai 10, 2014

PKHEM Baru di SMK Baru Miri !

Selamat Datang ke SMK Baru Miri diucapkan kepada Cg Amanda Chong Lee Ngo yang akan memegang jawatan sebagai PK HEM menggantikan Cg Shuckri Jamiri yang sebelum ini menanggung tugas PK HEM setelah Cg Dayang Laila berpindah ke SM Sains.

Cg Amanda Chong sudah melapor diri pada 30 Jun lalu tetapi terpaksa pulang ke sekolah lama untuk penyerahan tugas.

Beliau sebelum ini ialah seorang kaunselor dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan telah dinaikkan pangkat ke DG48 dengan Jawatan Penolong Kanan Hem.

Kita semua berharap Cg Amanda Chong akan bersama-sama dengan warga SMK Baru Miri yang lain, menggalas Visi, SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang..

Gambar: Penyerahan tugas dari Cg Shuckri Jamiri kepada Cg Amanda Chong Lee Ngo dan ucapan pengenalan PK HEM yang baru kepada warga sekolah..