Our social:

Jumaat, Julai 27, 2012

Klinik Gigi SMK Baru Miri

Klinik gigi SMK Baru Miri telah mula beroperasi pada hari Selasa 3 April 2012. Setelah berbincang beberapa kali dengan pihak sekolah dan menentukan tempat yang bersesuaian, kata sepakat di capai. Klinik gigi telah ditempatkan di belakang Dewan Sri Harmoni. Sedikit pengubahsuaian telah dilakukan dan tempat tersebut kini beroperasi dengan baik.

Dr. Usha sedang merawat seorang pelajar SMK Baru dibantu oleh En. Awang
Rawatan diberikan dengan keizinan ibu bapa
Sakit tak?.. tak dapat jawab ye.. 
Sejak penubuhan klinik gigi ini, ia telah memberi perkhidmatan kepada semua pelajar tingkatan satu di bawah seliaan Dr. Indera, Tingkatan 2 seliaan Dr.Usha dan tingkatan 4 seliaan Dr. Susan. Semua Doktor gigi ini dari Klinik gigi Tudan. Setelah semua tingkatan 1,2 dan 4 tamat "Dental Check-up" tingkatan 3 dan 5 akan bermula. Rawatan pergigian dijalankan dari jam 8.00 pagi sehingga tamat sesi persekolahan.

Dah selesai.. tak sakit pun. Terima kasih Doktor..
Jadual rawatan gigi pada mulanya pada hari Isnin, Selasa dan Jumaat kini telah diubah kepada 5 hari seminggu bermula Isnin sehingga Jumaat. Bermula pada 13 Julai 2012 Doktor gigi atau pegawai pergigian yang bertugas ialah Dr. Suzanne Husun dan Dr. Lee Yin Chi. Menariknya, guru-guru juga dipelawa untuk membuat pemeriksaan gigi jika ada masa terluang dan tidak dalam masa rawatan pelajar.

Terima kasih kepada semua pegawai pergigian yang terlibat dan terima kasih kepada pihak pengurusan Klinik Gigi Tudan kerana memilih SMK Baru..

Terima kasih Cikgu..