Our social:

Jumaat, Julai 27, 2012

International Youth Leadership Convention 2012

Pada 14 Julai 2012  lalu 2 orang pelajar SMK Baru iaitu Georgianna Nicola Sara (L6A2) dan Grunsin Rajin (U6A2) bersama dengan guru pengiring Cg Rusdyna Bt Hassan telah dijemput menghadiri satu konvensyen "International Youth Leadership Convention 2012" di Imperial Hotel Miri. Konvensyen yang dianjurkan oleh SMK Lutong dan Curtin Universiti itu berlangsung selama 3 hari bermula pada 13 hingga 15 Julai 2012 dai jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Antara negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Indonesia dan Brunai.


Tujuan untama konvensyen tersebut adalah untuk  menanam semangat kepimpinan dalam diri setiap pelajar bersesuaian dengan temanya A Value based Sosiety for Our Nature. Antara pengisian yang telah dijalankan sepanjang satu hari itu ialah :
  1. Oratory Contest yang disertai oleh pelajar sekolah dari 3 buah negara.
  2. Presentation of Working Paper From Dr.Anthony Hii bertajuk Competencies and Mind for the future dan lecture from IBS College bertajuk "Leadership"
  3. Workshop divide students and teachers (Leadership Development)

Pada malam terakhir dan majlis penutupan hadirin di raikan dalam satu jamuan makan malam bersama YB Dato' Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Hijau Teknologi dan Air.Penyampaian hadiah bagi   Oratory juga telah diumumkan pada malam tersebut . Tempat pertama dimenangi oleh pelajar dari Curtin Universiti dengan hadiah wang tunai RM1000. Tempat kedua wang tunai RM700 dimenangi oleh SMK Lutong dan tempat ke tiga RM500 dimenangi oleh SMS Saint Sabah.

Konvensyen tersebut sangat baik kerana guru-guru dan para pelajar dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain di peringkat antarabangsa. Ia juga dapat menambah ilmu kepimpinan selain  membuka minda..

Minit Curai disediakan oleh:
Cg Rusydina Bt Hassan

Terima kasih Cikgu..