Our social:

Isnin, September 03, 2012

RIMUP MERDEKARAYA 2012

Sambutan Bulan kemerdekaan SMK Baru Miri pada tahun ini disambut bersama dengan dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah atau diringkaskan kepada "Merdekaraya" pada Hari Khamis 30 Ogos lalu. Sambutan tersebut juga dijadikan sebagai RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan kerana ia di sambut oleh semua murid dan guru yang berbilang kaum yang ada di SMK Baru Miri.

Persediaan untuk RIMUP Merdekaraya..

Para pelajar dan guru-guru berpakaian cantik ke sekolah menyambut Hari Bulan kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.
Pertandingan dimulakan, pelajar bergaya dengan pakaian etnik masing-masing
Gaya artis.. sangat berbakat sehingga memukau para juri.
Penuh perasaan..
Sambutan RIMUP Merdekaraya bermula dari jam 7.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Ikrar pelajar, Bacaan doa dan Pertandingan lagu patriotik. Selain itu deklamasi sajak kemerdekaan juga dipersembahkan diikuti dengan pertandingan karaoke lagu raya. 

Majlis penutupan sudah bermula..
Majlis penutupan RIMUP Merdekaraya diadakan di Dewan Harmoni SMK Baru Miri sejurus tibanya tetamu kehormat majlis Cik Kartini dari Unit Pengurusan Sekolah, wakil PPD Miri Puan Rosnani Bt Hj Yunus pada jam 10 pagi. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengetua diikuti ucapan oleh YDP PIBG  seterusnya ucapan perasmian oleh Cik Kartini. Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan diakhiri penyampaian cenderahati kepada Cik Kartini. Selesai majlis semua pelajar diagihkan dengan makanan dan minuman, sementara semua guru dan jemputan di jemput menikmati hidangan hari raya di kantin sekolah. 

Gambar-gambar sepanjang majlis RIMUP Merdekaraya..

Buku Program RIMUP Merdekaraya
Penyampaian hadiah oleh tetamu kehormat..
Hadiah disampaikan kepada yang berbakat dan pakaian paling cantik dan menarik..
Cenderahati sebagai kenangan dan terima kasih..
Wajah-wajah ceria SMK Baru Miri.. Anda adalah aset kami
Menjamu selera selepas selesai majlis
Cantik bergaya dengan baju raya..
Bergembira di hari raya..
Bergambar kenangan bersama pengetua
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Bermaafan sesama kita semoga hubungan terus berkekalan. Terima kasih kepada semua AJK RIMUP Merdekaraya yang bertungkus lumus memastikan semua aktiviti berjalan lancar. Terima kasih kepada semua guru dan AKS. Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung sehingga majlis ini berjaya..
 Terima kasih Cikgu..