Our social:

Jumaat, Ogos 07, 2015

RIMUP Hari Raya Aidilfitri 2015 penuh Warna Warni !

RIMUP Hari Raya Aidilfitri 2015 SMK Baru Miri di sambut meriah pada 31 Julai 2015 bermula jam 8 pagi sehingga tamat jam 11.30 tengahari.

RIMUP berkelompok kali ini adalah giliran SMK Baru Miri, sebelum ia di kelolakan oleh SMK Dato' Permaisuri dan Kolej TDTHB. Dalam RIMUP kali ini juga pelajar dan guru2 sekolah berkenaan dijemput. Setiap sekolah 20 orang pelajar. Selain dari ini pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Miri dan para ibu bapa juga dijemput bersama memeriahkan suasana RIMUP Hari Raya SMK Baru Miri.



Tahniah kepada AJK pengelola yang diketuai Latifah dan Umi Nadhirah atas kejayaan Majlis RIMUP kali ini. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan semua pelajar yang sama2 menyumbang makanan dan minuman..






Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Baru Miri Tuan Haji Abdullah B. Hj Enn. Turut hadir ialah Tuan PPD Dr Hassan Bin Hasbullah..