Our social:

Jumaat, Mei 01, 2015

Pemidato SMK Baru ukir Kejayaan Manis !


Pada 28-30 April yang lalu, telah berlangsungnya sebuah karnival yang bernama Karnival Bahasa Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2015 bertempat di SMK Methodist, Sibu, Sarawak.

Karnival tersebut adalah satu karnival pertandingan-pertandingan cabang bahasa malaysia yang diadakan bersama sekaligus. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Pidato Pra-Universiti, Pidato Piala Diraja Sekolah Rendah dan Menengah, Pertandingan Syarahan SJK dan lain-lain lagi.

Berikutan kemenangan merangkul kejuaraan Adik Abdullah Bin Nudin dari kelas 4 Sains 1 dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Bahagian Miri pada bulan mac yang lalu, dia turun sekali lagi dan kini melangkah selaku wakil Miri di pertandingan tersebut di peringkat negeri.


Berbekalkan pengalaman yang ada sebelum ini dalam bidang pengucapan awam, Abdullah turun bertarung bersama 10 peserta dari 10 bahagian yang lain. Pada kali ini, pemidato SMK Baru Miri itu mempertaruhkan pidato bahagian A yang bertajuk "Keamanan Sejagat Keutamaan Kita" dan Pidato Bahagian B (Spontan) yang bertajuk "Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu".


Ternyata, tuah mengiringinya apabila berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Abdullah turut mengakui bahawa kemenangan tersebut memang tidak disangka-sangka oleh dirinya sendiri.

Berikut adalah keputusan penuh,

Johan           : Sarikei
Naib Johan  : Miri
Ketiga          : Serian

Bersama guru yang paing banyak membantunya !

Bersama keluarga tercintanya !

Tahniah ! Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nurul Amira, Cikgu Shorkri, dan semua yang membantu dalam merealisasikan kejayaan manis ini. Tahniah sekali lagi !

Semoga tahun depan berjaya melangkah ke peringkat yang lebih jauh lagi ! Sama-sama kita doakan !