Our social:

Selasa, Jun 26, 2012

Kempen Derma Darah 2012

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Miri telah menganjurkan kempen menderma darah antara sekolah menengah dan sekolah rendah sempena penyambutan hari guru peringkat Miri. SMK Baru Miri merupakan sekolah yang melaksanakan kempen menderma darah ini. Kempen menderma darah ini mendapat sambutan daripada 52 orang guru yang terdiri daripada guru sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyahut seruan program sambutan hari guru peringkat . Selain daripada kempen menderma darah, kempen pendermaan organ juga mendapat sambutan dengan seramai 21 orang telah mendaftar sebagai penderma organ. Melalui kempen derma darah dapat meningkatkan kesedaran guru terhadap kebaikan derma darah. Kempen derma darah ini telah bermula pada jam 8 pagi di dewan SMK Baru Miri sehingga jam 12 tengah hari. PPD Miri akan terus menganjurkan program-program yang bermakna ini pada tahun-tahun yang akan datang.
Suasana sekitar kempen derma darah 2012

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kempen derma darah anjuran PPD Miri pada tahun ini.

Daripada:
Pn. Sia Pei Fun
Pengarah Program