Our social:

Jumaat, Julai 06, 2012

Pameran MPV 2012

Pada 25 Jun 2012 (Isnin), Panitia Landskap dan Nurseri  telah mengadakan Pameran MPV 2012 bertempat di Dewan Sri Harmoni.  Program ini telah menjadi tradisi setiap tahun bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar Landskap dan Nurseri  dalam penganjuran program, di samping memupuk semangat keusahawanan, bekerja secara berpasukan dan memberi keyakinan diri di dalam jiwa pelajar-pelajar  di atas bakat dan kemahiran yang dipelajari serta mempamerkan produk-produk mata pelajaran Landskap dan Nurseri kepada warga sekolah. Kesempatan ini, Panitia Landskap dan Nurseri dan pelajar-pelajar Landskap dan Nurseri mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan dan kunjungan ramai warga sekolah ke pameran MPV 2012.
Hasil kerja tangan 4MPV
Hasil kerja tangan 5MPV. Adik Nur Firdaus Bin Nan dan adik Jacky Ak Simon menghasilkan kerja terbaik
Dekorasi kreatif oleh para pelajar 5MPV
Kunjungan pelajar-pelajar ke Pameran MPV 2012
Pelajar-pelajar MPV sibuk melayan pelanggan yang membeli jagung rebus, nasi lemak, air minuman dan lain-lain lagi
Guru-guru, ibu bapa pelajar dan orang luar turut membeli medium pemasuan yang disediakan oleh pelajar-pelajar 4MPV
Jualan 'Rose Jepun' paling laris
Taman Tema Air Terjun dekorasi oleh pelajar-pelajar MPV
Gabungan kerjasama pelajar-pelajar 5MPV dan 4MPV
Daripada,
Sharifah Nur Aziah Binti Wan Jubir
Ketua Panitia MPV-Landskap dan Nurseri