Our social:

Isnin, Jun 25, 2012

NRC 2012

Pada 20 hingga 23 Jun 2012 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Robotik Kebangsaan atau National Robotics Competition (NRC) Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Bintang Megamall, Miri. Tema NRC pada tahun ini ialah "Robots Connecting People ; Let's bring social robots to life" . Cabaran sudah pasti sengit dengan 235 pasukan seluruh Sarawak telah mendaftar untuk turut serta. Tiga kategori cabaran menanti iaitu Robot Organizer (sekolah rendah), Robot Columbus (menengah rendah) dan Robot Van Gogh (menengah atas).

Bagi cabaran Robot Van Gogh, 89 pasukan telah mendaftar tetapi terdapat beberapa pasukan telah menarik diri pada saat akhir. Kali ini SMK Baru Miri telah menghantar 1 pasukan untuk kategori menengah atas bagi cabaran Robot Van Gogh yang diwakili oleh adik Danial Ashraff Shamsuri (4Sn1), Adik Firdhaus Abdul Ghani (4Sn1) dan Adik Nur Hafizah Binti Mohamad Hussaini (4Sn2). Walaupun tidak berjaya berada dalam kelompok 10 teratas, pasukan robotik sekolah terus menyahut cabaran dan berjaya mencatat nama di tangga  ke 41 daripada 65 pasukan yang bertanding.
Ranking keseluruhan NRC peringkat negeri Sarawak. Daripada 65 pasukan hanya 41 pasukan tersenarai dalam ranking.
Pasukan robotik sekolah sedang bersiap sedia untuk sesi kuarantin pertama
Robot telah siap dibina, sedia untuk percubaan sebelum pertandingan bermula
Percubaan demi percubaan dibuat bagi memastikan robot yang diprogram dapat menyelesaikan cabaran
Pasukan  robotik sekolah akan terus berusaha dan semoga dapat berjumpa lagi pada NRC tahun hadapan. Terima kasih di atas sokongan anda sekalian, warga SMK Baru Miri.

Daripada:
Mustaqim Mohd Said
Mentor Pasukan Robotik