Our social:

Selasa, Mac 05, 2013

Tahniah dan Jasamu dikenang PIBG

Pada Hari Ahad 22 Februari 2013 lalu satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh PIBG SMK Baru Miri untuk meraikan beberapa orang guru yang bertukar sama ada bertukar sekolah atau bertukar dalam melaksanakan tugas di sekolah, selain untuk mengucapkan tahniah kepada En Anuar Bin Haji Ahmad kerana telah dianugerahkan pingat Pegawai Bintang Kenyalang dari TYT Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada 17 Januari 2013 lalu.

Cg Mohd Fazli

Tahniah En. Anuar atas anugerah Pingat Pegawai Bintang Kenyalang

Cg Malyani Mantan SU PIBG 2011/2012

Cg Dayang Laila

Ucapan tahniah, terima kasih dan ucapan perpisahan dari pengetua

cg Ratna dan PK T6

Cg Henry Guru Kanan Kemanusiaan yang baru

Cenderahati dari PIBG

Cenderahati dari PIBG
Majlis makan malam tersebut telah diadakan di Hotel Mega Miri. Turut hadir dalam majlis tersebut guru yang diraikan ialah mantan SU PIBG Cg Malyani Jamalulalam, SU PIBG yang baru Cg Mohd Fazli selaku Pengurusi majlis, Cg Henry yang kini dilantik sebagai Guru kanan Kemanusiaan, Cg Dora Kini dilantik sebagai Guru Kanan Votek menggantikan Cg Hamidon, Cg Tracy anak Mensan yang bertukar ke IPG Miri, Cg Dayang Laila yang berpindah ke SM Sains Miri, Cg Shuckri Jamiri yang kini menanggung tugas PK Hem. 

Selain itu PK Pentadbiran, PKKK, Semua guru kanan, Pengerusi bilik guru, Pengerusi Koperasi dan kaunselor juga turut hadir dalam majlis tersebut.

Hadiah kek perpisahan oleh seorang Ibu pelajar kepada Cg Dayang Laila Mantan PK Hem SMK Baru pada hari Isnin 28 Februari 2013

Salam perpisahan, Jasamu dikenang..
Tahniah dan Jasamu dikenang semoga sentiasa Cemerlang..

Terima kasih Cikgu.