Our social:

Selasa, Mac 05, 2013

RIMUP Tahun Baru Cina 2013

RIMUP Tahun Baru Cina peringkat SMK Baru Miri telah diadakan pada hari Rabu 20 Februari Jam 7 hingg 9 pagi. Majlis yang meriah tersebut dirasmikan oleh Tuan Pengetua. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Kaunselor Anuar Bin Haji Ahmad, YDP PIBG SMK Baru miri dan semua AJK PIBG.

Mohon majlis berjalan lancar

Drama dari pelajar Tingkatan 6 Atas

Para pelajar memberi tumpuan kepada majlis yang berjalan di pentas
Dalam ucapan perasmian, pengetua menyatakan bahawa, RIMUP adalah sangat penting dan perlu disemarakkan. Kita perlu hidup dalamsuasana harmoni, saling bantu membantu dan saling hormat-menghormati. Tanpa keamanan di Negara kita sudah tentu kita tidak dapat hidup bahagian dan sering takut kerana perasaan curiga antara satu sama lain.

Tarian singa dari pelajar-pelajar SMK Lopeng Tengah

Persembahan yang menarik

Tarian singa perkara mesti ada dalam RIMUP dan suasana menjadi riang dan bersemangat
Pengarah RIMUP 2013 ialah Cg Lee Yee Phing. RIMUP kali ini disusun dengan sangat rapi dan berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti diatur dengan baik, termasuklah persembahan Drama dari tingkatan 6 Atas, pertunjukkan video, pertandingan fesyen dan gimik pembukaan yang menarik. Semua aktiviti menarik minat pelajar.

Persembahan yang mantap - Singa sudah mulai jinak..
Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam Program RIMUP ini sama ada secara langsung dan tidak langsung..

Terima Kasih Cikgu