Our social:

Ahad, Oktober 07, 2012

PERTANDINGAN DIKIR BARAT ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH MIRI

Pada 29 September 2012, sekolah kita telah menyertai satu pertandingan dikir barat bertempat di Merdeka Mall Miri. Pasukan sekolah kita disertai 20 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Putera-putera SMK Baru Miri telah mengharumkan nama sekolah dengan menggondol hadiah lagu ‘juara’ terbaik keseluruhan, ‘awak-awak’ terbaik keseluruhan dan juga mendapat naik johan pada pertandingan tersebut. Segala jerit perih dan titisan keringat ahli pasukan semasa latihan dan pertandingan terbalas dengan pencapaian yang diperolehi. Ianya sangat membanggakan warga sekolah kerana merupakan kali pertama mendapat tempat dalam pertandingan peringkat Daerah Miri. TAHNIAH PASUKAN DIKIR BARAT SMK BARU MIRI. ANDA PELAJAR HEBAT!

Tukang Karut (Ketua Pasukan): Ardzaim-4Sn1
Juara: Azhar-3D  
 Gendang Ibu: Aidil-4A
Gendang Anak: Adha-4Sn2
Gong: Hasbullah-1A
Marakas: Petrus-4Sn2
Canang: Rauf-1B
Awak-awak: Firdhaus-4SN1, Afiq-4SN1, Awang Sahrill-4B, Zainureen-4B, Rahman-4SN2, Dilly-4A, Hafiz-4B, Suhaimi-4B, Biri Usine-4SN1, Larry-4SN2, Robert-4SN1, Hazwan-4A, Aqil-4A
 
Terima kasih,
Cikgu Ahmad Fauzi & Cikgu Awang Syazwan