Our social:

Sabtu, Oktober 06, 2012

Majlis Merestu Ilmu PMR 2012

Majlis merestu ilmu atau di sesetengah sekolah menyebut sebagai majlis menghalalkan ilmu bagi para pelajar PMR SMK Baru baru sahaja selesai pada hari ini, Sabtu, 6 Oktober 2012. Majlis diadakan di Dewan Harmoni bermula jam 7 pagi. Para pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Para pelajar Islam bersolat hajat dan membaca surah yassin di surau manakala pelajar bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di dalam dewan.

Para pelajar beragama Islam membaca Surah Yassin selepas menunaikan solat sunat hajat yang dimamkan oleh Ustaz Fauzi..
Ustaz Roshaidi sedang memberi perangsang kepada para pelajar
Selesai majlis keagamaan masing-masing para pelajar berkumpul semula di dewan untuk majlis merestu ilmu. Majlis dimulakan dengan ucapan Penolong kanan Pentadbiran dan disusuli dengan ucapan aluan daripada Pengetua seterusnya merasmikan majlis. Selesai sahaja ucapan pengetua, para pelajar diberikan motivasi Oleh penceramah jemputan Ustaz Roshaidi dari SK South, sebagai Pembakar Semangat untuk menduduki Peperiksaan PMR. 
Majlis merestu ilmu bermula

Para pelajar dibisikkan.. teruskan usaha semoga kamu berjaya..
Cg Kamsiah memeluk erat anaknya yang sama-sama akan berjuang dengan rakan-rakan yang lain.
Semua guru memberikan kata-kata semangat untuk pelajar tersayang
Buah kismis diagihkan kepada pelajar. Kismis baik untuk kekalkan daya ingatan
Pada penghujung majlis semua pelajar bersalaman dengan guru-guru. Ramai pelajar terharu dan menitiskan air mata sambil berpelukan dengan guru masing-masing. Mereka dapat rasakan bahawa mereka sangat-sangat diperlukan dan kejayaan mereka amat dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah. Majlis bertambah seri dan berkat dimana, pihak pengurusan Restaurant Lamidin sudi mengedarkan buah kismis kepada semua pelajar untuk ketajamnan minda. Terima kasih dari pihak sekolah, semoga rezeki tuan semakin bertambah.

Terima kasih Cikgu..