Our social:

Isnin, September 24, 2012

Teks Ucapan Pengetua SMK Baru Miri



TEKS UCAPAN PENGETUA SMK BARU MIRI SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KELAB PEMBINAAN CIDB  PERINGKAT NEGERI SARAWAK 22 SEPT 2012 (SABTU) DEWAN SRI HARMONI,  SMK BARU MIRI.


Terima kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berhormat, Tuan Hj Ahmad Lai Bin Bujang,
Ahli Parlimen P. 218, Sibuti

Yang Berbahagia, En Mohd Merzan Bin Hashim,
Pengarah CIDB Negeri Sarawak,

Yang Berbahagia, Pn Hjh Rosnani Hj Yunus,
Pegawai Pelajaran Daerah Miri

Yang Berusaha, En Ahmad Ridzuan Ismail,
Pengurus Cawangan CIDB Miri

Yang dihormati ,En Anuar Hj Ahmad,
Yang Di Pertua, PIBG SMK Baru Miri

Yang dihormti Hajah Serina Binti Sauni,
Pengetua Cemerlang SM Sains

Yang dihormati En Marcus Gau Lian,
Pengetua SMK Luar Bandar, Miri

Yang dihormati, En. Meechang Tuie,
Pengetua SMK Bakong

Yang dihormati, Puan Reensia Binti Gubal,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Subis

Yang dihormati,
Semua Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, Guru Cemerlang,
Barisan Urusetia
Ahli-ahli Jawatankuasa  Majlis Pelancaran kelab CIDB
Eksco PIBG SMK Baru Miri,
Para pendidik,
Wakil pihak media
Para pelajar yang dikasihi
Para Jemputan dan wakil
dan  para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Wbt,
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua pada petang yang indah ini dapat kita berhimpun untuk sama-sama mengikuti majlis yang amat bermanfaat kepada generasi yang bakal meneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan iaitu Majlis Pelancaran Kelab Pembinaan CIDB, Peringkat Negeri Sarawak.

Bagi pihak warga SMK Baru Miri, selaku tuan rumah, kami amat mengalu-alukan dan berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Tuan Hj Ahmad Lai Bin Bujang, Ahli Parlimen P.218 Sibuti kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita bagi  merasmikan Majlis Pelancaran Kelab Pembinaan CIDB Peringkat Negeri Sarawak buat julung kalinya ini.

Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada En. Mohd Merzan Hashim, Pengarah CIDB Negeri Sarawak kerana sudi memilih SMK Baru Miri sebagai tapak pelancaran Kelab Pembinaan CIDB Peringkat Negeri Sarawak. Sesungguhnya pihak kami amat berbesar hati dan merakamkan terima kasih.  Bagi Kami Guru-guru di SMK Baru Miri beranggapan  pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan kebolehan kami mengurus satu majlis yang besar terutama majlis di peringkat negeri seperti ini.

Yang Berhormat, Tuan-tuan dan Puan-puan yang di Rahmati Allah,

Saya mewakili 5 buah sekolah rintis di Bahagian Miri ini, ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kerana pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Sarawak kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menubuhkan kelab ini di sekolah. Saya percaya penubuhan kelab ini nanti akan menarik minat pelajar terutama bagi mereka yang mempunyai kecenderungan dalam bidang kemahiran khususnya berkaitan industry pembinaan. Lebih-lebih lagi sekolah seperi SMK Baru, Miri ini yang mempunyai Kelas MPV yang sangat rapat dengan pembinaan iaitu Lanskap.

Saya berharap kelab ini nanti akan memberi ruang dan peluang kepada pelajar mendalami ilmu kemahiran asas pembinaan dengan lebih jelas serta tunjuk ajar daripada kontraktor yang dilantik. Secara tidak langsung, para pelajar kita akan membentuk pemikiran yang kreatif dan inovatif serta memberi sumbangan kepada sekolah serta membangun sahsiah diri pelajar.

Saya juga percaya bahawa penubuhan kelab ini akan membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mencapai hasrat salah satu dari objektif Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ), satu tranformasi dalam bidang pendidikan yang baru diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tempoh 2013-2025 iaitu Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran. Dalam aspek ini penekanan diberikan kepada memenuhi piawaian antarabangsa serta menyediakan para pelajar dalam aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

Yang Berhormat, Tuan-tuan dan puan-puan yang di Rahmati Allah.

Kepada Pihak CIDB, saya sebagai pemimpin sekolah menyokong penuh penubuhan kelab ini dan saya percaya semua sekolah rintis pada hari ini juga menyokong tujuan murni ini. Saya doakan agar banyak lagi sekolah lain akan menyertai kita dan mereka juga akan menerima manfaat seperti mana kita yang berada di sini.

Yang Berhormat, Tuan-tuan dan puan-puan yang di Rahmati Allah

Akhir kata, Sekali lagi, kami (SMK Baru Miri) selaku tuan rumah Majlis Pelancaran Kelab Pembinaan CIDB Peringkat Negeri Sarawak buat julung kalinya ini mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Tuan Hj Ahmad Lai Bin Bujang kerana sudi merasmikan majlis.

Terima kasih kepada Pengarah CIDB Sarawak, Pengurus Cawangan CIDB Miri, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Miri, semua pengetua yang terlibat dan Semua kakitangan CIDB yang bertungkus lumus selama 1 minggu ini berkampung di sini untuk memastikan semua majlis hari ini berjalan lancar.

Terima kasih juga kepada semua penolong kanan dan para wakil . Terima kasih kepada AJK Majlis Pelancaran yang terdiri dari semua guru-guru SMK Baru Miri dan Kakitangan sokongan, terima kasih kepada pasukan rela dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sesungguhnya segala jasa baik dan budi tuan-tuan dan puan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

Akhir kalam dari saya,

Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur dan kata
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah Wasalamualaikum Wbt.

Terima Kasih Cikgu..