Our social:

Selasa, Ogos 28, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah..

Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua warga sekolah, Guru-guru, para pelajar dan semua Kakitangan Sokongan sekolah. Tentunya cuti 1 Minggu lepas merupakan hari-hari yang sangat menarik dan amat gembira dalam hidup masing-masing. Bukan sahaja cuti untuk melepaskan penat lelah bekerja tetapi bagi semua warga sekolah yang beragama Islam, kunjung mengunjung antara satu sama lain dan berjumpa sanak saudara di Aidilfitri tentunya sangat seronok. Semoga kegembiraan dan jalinan kemesraan antara rakan taulan, sanak saudara akan berkekalan selamanya seterusnya dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Hari Raya yang akan datang.

Pelajar SMK Baru, Perhimpunan Rasmi sekolah pada Isnin 28.8.2012 memberi tumpuan kepada amanat yang disampaikan oleh guru.
Cabaran yang besar menanti para pelajar terutama yang akan menduduki peperiksaan Awam. PMR, SPM dan STPM. Dalam suasana mod perayaan ini semua pelajar perlu pandai menggunakan masa yang ada supaya tidak mengabaikan pelajaran. Saya berharap semua pelajar dapat menggandakan usaha yang ada dan tidak menoleh kebelakang lagi untuk sama-sama mengejar kejayaan. Tiada alasan untuk berjaya jika semua itu adalah kehendak kita.

Cikgu Nurulamira sedang memberikan soalan kuiz kepada pelajar sempena sambutan Hari Kebangsaan Malayisa ke 55, Tahniah kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat..
Kepada semua guru selamat mengajar, kepada para pelajar, selamat belajar dan kepada AKS selamat menjalankan tugas. Sekarang adalah masanya kita bekerja bersungguh-sungguh selepas kita sama-sama bercuti dan bergembira. Sama-sama kita bersyukur atas apa yang kita nikmati selama ini dengan bekerja dengan penuh berintegriti.

Sekali lagi saya ucapkan, selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah. Semoga apa yang kita cita-citakan untuk kejayaan sekolah kita akan dimakbulkan oleh yang maha esa.

Sekian, Terima kasih Cikgu..