Our social:

Khamis, Ogos 16, 2012

Duit Raya Untuk Pelajar

Bahang Sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin terasa. Kegembiraan dan keseronokan pelajar SMK Baru Miri hari ini 16 Ogos 2012 bertambah dengan adanya sumbangan duit raya dari Koperasi SMK Baru Miri. Dari perbincangan pihak sekolah dengan Naib Pengerusi Koperasi Cikgu Hamidon Bin Abdul Ghani , pihak koperasi bersetuju mengagihkan "Dividen Langganan" kepada semua pelajar yang menjadi ahli sebanyak RM5 (Ringgit Malaysia: Lima Ringgit Sahaja) seorang yang keseluruhannya berjumlah RM4130 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Satu Ratus Tiga Puluh Ringgit Sahaja) dengan jumlah pelajar seramai 826 Orang.

Guru kopersi sedang agihkan duit raya kepada guru tingkatan untuk di serahkan kepada pelajar
Dalam ucapan ringkas di Tapak Roll Call SMK Baru pagi ini 16 Ogos 2012, Cg Hamidon mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menjadikan koperasi sebagai tempat untuk berbelanja. Sumbangan yang telah mereka berikan itu, keuntungannya dikembalikan kepada pelajar. Beliau berharap agar semua pelajar akan terus memberi sumbangan dengan membeli barangan keperluan dari koperasi dan jika keuntungan koperasi bertambah, maka sumbangan yang lebih besar akan diberikan kepada pelajar.

Guru-guru tingkatan sedang agihkan duit raya kepada pelajar
Gembira mendapat duit raya, bersalaman dan bermaafan
Walaupun begitu, sebelum ini Koperasi SMK Baru Miri juga banyak menyumbang kepada pihak sekolah untuk melaksanakan berbagai aktiviti dengan menggunakan dana dari tabung Khas untuk aktiviti pelajar. Sumbangan ini termasuklah untuk kegiatan sukan, kokurikulum dan akademik murid.

Gembira untuk menyambut Hari Raya dengan sumbangan yang diberikan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru Koperasi SMK Baru atas sumbangan ini. Jasa mereka dalam menguruskan koperasi SMK Baru Miri ketahab yang terbaik ini patut di berikan penghargaan, Mereka terdiri dari Cg Hamidon, Cg Dayang Aziyah, Cg Lei Feng Liang (Berpindah), Cg Norkhamisa, Cg Mohd Fazli, Cg Rafidah, Cg Kertiny, Cg Wong Hai Ying, Cg Lee Yee Phing dan Cg Lee Shuk Fang. Begitu juga dengan AJK yang terdiri kepada para pelajar tingkatan enam. Terima kasih banyak-banyak.

Jangan buat perkara yang tidak berfaedah, jadilah pelajar yang bijak..
Semoga selepas ini, Koperasi SMK Baru Miri akan terus berjaya dan menjadi sebuah kopersi sekolah yang terbaik di Daerah ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..

Terima kasih Cikgu..