Our social:

Isnin, Julai 30, 2012

RIMUP GAWAI 2012

Sambutan kepada tetamu kehormat
Pada 15 Jun 2012 SMK Baru telah menganjukan satu aktiviti RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) sempena dengan simbolik majlis penutupan Sambutan Hari Gawai Peringkat Sekolah dengan acara "Rentas Renyai" dan "Ngiling Tikai".

Persembahan pelajar
Majlis berjalan dengan suasana gembira, bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi, bertempat di Dewan Sri Harmoni. Semua guru, pelajar dan Anggota Kakitangan Sekolah turut hadir. 

Ucapan dan persembahan pelajar
Selesai sahaja persembahan di dewan guru-guru menjamu selera dengan jamuan yang disediakan oleh guru-guru yang meyambut Gawai. Para pelajar juga di beri makanan dan minuman selepas selesai majlis. Dalam ucapan aluan pengetua, beliau berharap semua kaum khasnya di sekolah perlu bersatu padu supaya kita dapat hidup aman damai tanpa ada rasa takut. Kita perlu hidup dalam suasana harmoni dan mencapai apa yang kita cita-citakan dalam kehidupan. Pengetua juga menekankan semua kaum perlu tahu budaya kaum lain supaya kita mempunyai sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.


Penuh warna-warni.. persembahan yang menarik
Dalam ucapan YDP PIBG SMK Baru Miri, En. Anuar Bin Haji Ahmad tetamu kehormat pada majlis tersebut juga berharap semua murid dan guru mengekalkan perpaduan yang ada supaya sama-sama kita hidup dan mengecapi nikmat kemakmuran negara. Tidak seorang pun dari kita boleh menyebabkan perpecahan antara kaum. Kita perlu bersatu dan sama-sama berjuang untuk negara tercinta. Kita adalah 1Malaysia.

Persembahan terakhir dari Encik Linggi atau lebih senang dipanggil "Apai" sebelum beliau berpindah dan Encik Sabastian Terence
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat terutama guru-guru menyumbang dana, makanan dan tenaga sehingga terlaksananya majlis ini, terima kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran sebagai pengerusi projek dan terlaksananya objektif RIMUP dan Terima kasih kepada cikgu Margaret sebagai pengarah projek.

Gayu Guru Gerai Nyamai..

Terima kasih Cikgu