Our social:

Isnin, Julai 30, 2012

Bengkel Aktiviti Kelab Pembinaan & Seminar Kerjaya 2012 Bersama Guru Penasihat

Pada 10 Julai 2012 lalu telah berlangsung satu Bengkel Aktiviti Kelab Pembinaan & Seminar Kerjaya 2012 Bersama Guru Penasihat / Kaunselor sekolah Zon Sarawak di Hotel Grand Margherita Kuching anjuran CIDB Kuching. SMK Baru Miri telah di wakili oleh Cg Sharifah Nur Aziah Bt Wan Jubir.


Taklimat bengkel telah di sempurnakan En. Roswadi Muhammad, Penolong Pengurus Bahagian Latihan Industri, Sektor Pembangunan CIDB. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Wakil Pengarah Negeri, CIDB Sarawak, Puan Dayangku Faizatul Rina Bt Abang Bohari.

Pada tahun 2011 terdapat 54 buah Kelab Pembinaan di seluruh Malaysia. Cadangan pada tahun 2012 ialah menambah penglibatan sebanyak 70 buah termasuk Miri. Kelab Pembinaan ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Antara objektif penubuhan kelab ini ialah untuk memupuk kesedaran dan minat kepada pelajar selain mengurangkan pengambilan tenaga kerja asing. Ia juga terbuka kepada semua pelajar dari segi kemahiran untuk pemegang Diploma ke bawah dan dari segi penyeliaan dari pemegang ijazah dan ke atas.

Hasil perbincangan dan pembentangan oleh Cg Sharunnizam dari SMK Bakong CIMB telah bersetuju memenuhi aktiviti yang dicadangkan oleh sekolah-sekolah baru, seperti yang dilaporkan oleh Cik Nurain Chan Abdullah seperti dalam mesyuarat pertama penbuhan di Miri pada 13 Jun 2012. Sekolah-sekolah baru tersebut ialah SMK Baru Miri, SMK Bakong, SMK Luar Bandar, SMK Subis dan SMK Sains Miri. 

Antara aktiviti yang dicadangkan oleh sekolah-sekolah baru ini ialah:
  1. Program pelancaran Kelab Pembinaan
  2. Aktiviti Pengenalan
  3. Bengkel Keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan.
Minit Curai disediakan oleh :
Cg Sharifah Nur Aziah Bt Wan Jubir.

Terima kasih Cikgu