Our social:

Ahad, Julai 22, 2012

PROGRAM MOTIVASI IBUBAPA CEMERLANG 2012

Pada hari Sabtu 23 Jun 2012 lalu PIBG SMK Baru, Miri telah berjaya menganjurkan satu program Motivasi Ibubapa Cemerlang bertempat di Dewan Sri Harmoni SMK Baru Miri. Majlis berlangsung pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Ceramah jemputan ialah Dr. Shafie Haji Lugom, seorang pengetua dan pakar motivasi yang terkenal di Sarawak. Sebelum itu bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Baru, Dr Shafie memberi ceramah beliau kepada semua guru dan staf SMK Baru, Miri dengan tajuk "Keseronokan Bekerja".

Dr Shafie bersama dengan Guru-guru dan kakitangan sekolah
Ibubapa merupakan elemen terpenting dalam institusi keluarga bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang di masa depan. Kejayaan dalam melahirkan personaliti anak-anak yang seimbang merupakan antara agenda persiapan penting dalam meneruskan institusi pendidikan serta wawasan negara. Era modenisasi membawa ibubapa agar lebih kompeten dalam menghadapi segala cabaran ke arah membentuk anak yang cemerlang. Jesteru itu persiapan ibu bapa dari segi psikologi, kemahiran kekeluargaan serta motivasi amat penting dalam melaksanakan tanggungjawab yang semakin mencabar.

Ceramah kepada Ibupada dan pelajar di Dewan Sri Harmoni. Pelbagai gaya dipersemhkan oleh Pakar Motivasi ini.untuk memastikan penyampaian ceramahnya berkesan..
Semoga dengan ceramah yang disampaiakan oleh Dr Shafie Hj Lugom, akan mempertingkatkan lagi motivasi diri ibu bapa dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai ibubapa. Selain dari itu ibu bapa juga disaran supaya lebih menyayangi anak-anak dan berkomunikasi dengan anak-anak dengan cara yang lebih sihat dalam mendisiplinkan mereka.

Tahniah kepada PIBG SMK Baru Miri

Terima kasih Cikgu...