Our social:

Ahad, Julai 22, 2012

10th Anniversary Charity Musical Concert 2012

Pada sabtu, 7 Julai 2012 lalu Pertubuhan Orkestra dan Koir Miri atau Miri Orchestra & Choir Society (MOC) telah mengadakan 10th Anniversary Charity Musical Concert 2012 dengan kerjasama Headmasters of Government Aided Primary Schools in Miri, bertempat di Dewan Suarah Miri. Majlis berlangsung jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam dengan dihadiri oleh ramai para dermawan.

Persembahan yang menarik dan mantap
Pesembahan dari SMK Baru Miri, Sangat memukau hati penonton
Majlis berjalan dengan lancar. Selepas sahaja lagu Kebangsaan di nyanyikan dengan diiringi oleh muzik dari Band SJK (C) Chung San Miri Mdm Lily Chong selaku President Miri  Orchestra & Choir Society (MOC) menyampaikan ucapannya. Majlis dirasmikan Datin Sri Ruby Chin oleh isteri kepada Dato' Sri Peter Chin Fah Kui- Minister of Energy, Green Technology and Water.

Antara yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah MOC Orchestra with Junior Orchestra SJK (C) Chung Hua Miri, Junior Orchestra SJK(C) Chung Hua Miri, MOC Orchestra, MOC Chamber Orchestra, Miri Symphony Harp Orchestra, Vocal solo by Shazlin Salamat dengan lagu A Thausand Years dan lagu Bunyi Gitar. Shazlin Salamat berumur 14 tahun, bersekolah di SMK Suai dan pernah memenangi tempat pertama Bintang Kecil RTM tahun 2008.

Pengetua bersama sebahagian dari pelajar yang mengambil bahagian selepas persembahan. Shazlin Salamat mempunyai bakat yang terselah dan mampu untuk lebih maju. Beliau juga pernah membuat persembahan dengan Datuk Siti Norhaliza.
Selain dari itu kumpulan lain yang membuat persembahan ialah MOC Full Choir With Pei Min Chinese Orchestra, MOC Chamber Choir With Pei Min Chinese Orchestra, MOC Full Choir, MOC Chamber Choir, MOC Bella Vose Soprano Solo By  Ms. Bui Yik Ling  From Kota Kinabalu and MOC Choir and SMK Baru Miri yang di anggotai oleh : SOPRANO Atiqah Bt Nazirin, Christy Aren Ding, Ina Azlina Bt Mohd Hazani, Laura Lunna ak Ranggau, Laynescia Luhat, Madeleine Uyo, Nur Izzati Othman, Nuur Atiqah Bt Johsip atau Mohd Yusuff, Sandra ak Samban, Siti Mariam Bt Muhd Zaidi dan Tiong Ung Ung. TENOR & BASS - Harry laurence AK Lukong, Jafni Jukenain, Marlvin Jok Wan, Muhammad Basyir Bin Musa, Muhd Zahid Jeffrey dan Nadhan Agan Idris. dan ALTO pula di anggotai oleh Lorna Tan Siew Lian, Qhairien Fikrin Bt Mohd Khairil dan Valarie Aida Wan.

Guru pengiring bagi pasukan SMK Baru Miri ialah Cg Naomi Ranjitham A/P K.Jambunathan, Cg Steffanie Seema Anak Rapok dan Cg Tiong Ung-Ung.

Persembahan mereka pada malam itu sangat menarik dan patut diberikan pujian.

Terima Kasih Cikgu