Our social:

Jumaat, Ogos 07, 2015

Tahniah Cikgu Hii !

Majlis penyerahan tugas Penolong Kanan Tingkatan 6 daripada Cg Elisabeth Tak kepada Cg Hii Yew Ding telah diadakan pada 24 Julai 2015 di hadapan warga SMK Baru Miri semasa roll call pagi.



Dengan penyerahan tugas tersebut, secara rasminya Cg Hii Yew Ding akan mengambil alih tugas PK Tingkatan 6 yang telah disandang oleh Cg Elisabeth selama 4 tahun sebelum ini.

Pertukaran Jawatan ini adalah berikutan kenaikan pangkat Cg Elisabeth Tak dari DG44 ke DG48, sekali gus beliau dilantik sebagai Guru Akademik Mata Pelajaran Sejarah.

Semoga para pelajar T6 SMK Baru Miri akan terus cemerlang dengan perubahan ini, pengurusan T6 yang baru oleh Cg Hii Yew Ding dan penumpuan yang lebih specifik dari guru sejarah yang diberi kepercayaan oleh pihak JPNS untuk memartabatkan pendidikan Negeri Sarawak..
SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang..