Our social:

Khamis, Februari 05, 2015

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 kembali !

              Sebelum ini, sekolah pernah diceriakan dengan kemenangan besar para pelajar SMK baru sendiri yg telah berjaya memenangi tempat dalam Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kategori video. Pasukan yg terdiri daripada 5 ahli telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila berjaya mebawa pulang 3 gelaran saguhati sekaligus menjadi pasukan yang terbanyak layak ke Top 10 peringkat negeri di Malaysia. Kejayaan yang sungguh manis.

Dan tahun ini, Pertandingan ini kembali ! Pertandingan yang sudah masuk ke edisi ke-5 pada tahun ini pasti akan melahirkan lagi banyak bakat dalam bidang penghasilan kandungan kreatif. Bertemakan "INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA", pasti akan memberi cabaran buat semua yang bakal menyertainya. Justeru, pihak sekolah menyeru agar lebih banyak penglibatan dari para pelajar khususnya daripada warga SMK Baru sendiri.

Difahamkan, ada penambahan kategori iaitu kategori Raspberry Pi atau/dan Arduino dan ada juga perubahan syarat dalam kategori video pertandingan ini, jadi bacalah syaratnya dengan teliti. Makin menarik jadinya ! Apalagi ? Jom !  Good Luck ! Semoga SMK Baru akan terus cemerlang dalam pertandingan ini ! 



Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015

Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET, APLIKASI MUDAH ALIH atau pun RASPBERRY PI DAN ARDUINO. Tema bagi pertandingan ini adalah “INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA”

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) video penyertaan untuk kategori video adalah TIDAK LEBIH daripada 5 minit manakala untuk kategori PORTAL INTERNET, APLIKASI MUDAH ALIH dan RASPBERRY PI DAN ARDUINO adalah TIDAK LEBIH daripada 1 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Tema : INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA
Tarikh Tutup Penyertaan : 4 April 2015

Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). Pertandingan ini dibuka dari 1 Februari 2015 hingga 4 April 2015.
Tema bagi pertandingan ini adalah INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

B. Kelayakan Pertandingan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. Terma dan syarat pertandingan

Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar daripada sekolah yang sama.
Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 4 April 2015. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
Penyertaan mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
Penyertaan adalah percuma.
Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 kepada pihak Sekolah.
Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
Sila isikan email sah pengetua atau wakil pengetua bagi tujuan pengesahan penyertaan. Pengetua atau wakil pengetua akan menerima email pengesahan dan perlu mengesahkan penyertaan pelajar.
Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Kategori, Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video.

Peringkat Negeri

Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah tidak lebih daripada 5 minit.
Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam berdasarkan tema.
Johan bagi Kategori Video Peringkat Negeri akan mewakili negeri masing-masing ke Peringkat Kebangsaan.

Peringkat Kebangsaan

Finalis peringkat kebangsaan dikehendaki untuk mencipta sebuah lagi video untuk diadili di peringkat kebangsaan.
Finalis dikehendaki menghasilkan sebuah video dengan menggunakan tajuk baru yang akan diberikan oleh pihak sekretariat dan perlu menghantar video tersebut dalam tempoh yang akan ditetapkan.
Pemarkahan bagi menentukan pemenang akan mengambil kira video asal yang merupakan video kemenangan di peringkat Negeri (50 markah) dan hasil video baru (50 markah).

KATEGORI PORTAL INTERNET

Peserta dikehendaki membangunkan sebuah portal internet baru berdasarkan tema pada tahun ini.
Portal Internet yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri portal dan perhubungan dua hala serta pelbagai elemen interaktif.
Kandungan portal boleh terdiri daripada permainan, portal interaktif ataupun portal informasi.
Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
Finalis yang terpilih bagi Kategori Portal Internet dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan juri pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

KATEGORI APLIKASI MUDAH ALIH

Peserta dikehendaki mencipta sebarang perisian kandungan yang sesuai untuk telefon mudah alih atau tablet berdasarkan tema pada tahun ini.
Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan boleh terdiri daripada permainan, aplikasi interaktif ataupun aplikasi berinformasi menggunakan sebarang platform seperti Androi, iOS dan lain-lain.
Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
Finalis yang terpilih bagi Kategori Aplikasi Mudah Alih dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan juri pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

KATEGORI RASPBERRY PI DAN ARDUINO

Peserta dikehendaki untuk menghantar cadangan projek alatan bantu mengajar menggunakan Raspberry Pi atau/dan Arduino.
Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri portal dan perhubungan dua hala serta pelbagai elemen interaktif.
Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
10 penyertaan terbaik akan dipilih untuk menghadiri Bengkel Liga Remaja Kreatif 2015 - Raspberry Pi dan Arduino di mana para peserta akan dibekalkan dengan peralatan Raspberry Pi/Arduino dan menghasilkan projek mereka dengan bantuan daripada pakar-pakar yang dijemput khas.

VIDEO PALING POPULAR

Finalis bagi kategori Video di Peringkat Negeri berpeluang untuk mendapat hadiah Video Paling Popular.
Undian video paling popular akan diadakan secara umum di http://lrk.my1content.my pada tarikh yang akan ditetapkan.



Hadiah

Peringkat Negeri

Hadiah tempat pertama : RM5,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua : RM3,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga : RM2,000 berserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Peringkat Kebangsaan

Hadiah tempat pertama : RM10,000 berserta iPhone
Hadiah tempat kedua : RM7,500 berserta iPhone
Hadiah tempat ketiga : RM5,000 berserta iPhone
Portal Internet Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Raspberry Pi dan Arduino Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Video Paling Popular : RM2,500

Pertanyaan

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:

Sekretariat
PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2015
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
PRIMA AVENUE 1
BLOK 3507, JALAN TEKNOKRAT 5
63000 CYBERJAYA

No Telefon : 03 - 8688 8475
No Faks : 03 - 8688 8469
Emel : ligaremajakreatif@cmc.gov.my
Web : http://lrk.mcmc.gov.my

###### Untuk keterangan lanjut, sila layari http://lrk.skmm.gov.my/ ...