Our social:

Isnin, Jun 02, 2014

Liga Remaja Kreatif 2014 !

Liga Remaja Kreatif 2014 kembali lagi pada tahun ini . Majlis pelancarannya telah diadakan pada 28 Mei 2014 yang lepas dimana Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia , Dato Shabery Cheek berkenan melancarkannya. Pertandingan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini sudah memasuki edisi yang keempat pada tahun ini. 




Tenyata pihak penganjur telahpun membuat kelainan dari segi format pertandinagn pada tahun ini . Dimana pihak penganjur telah membahagikan kategori pertandingan kepada tiga bahagian iaitu Video , Portal Internet dan Aplikasi Mudah Alih (apps). 



Dengan bertemakan " JALUR LEBAR UNTUK PENDIDIKAN" , pihak penganjur juga telah memperkenalkan perlbagai jenis habuan bagi para pemenang termasuklah kategori Video Paling Popular . Lebih menarik 10 tempat di peringkat negeri haruslah dilalui terlebih dahulu sebelum video juara setiap negeri dihantar untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.


Hadiah

Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama
: RM5,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat kedua
: RM3,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah saguhati
: RM500 x 7
Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama
: RM10,000 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat kedua
: RM7,500 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat ketiga
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Portal Internet Terbaik
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik
: RM5,000 berserta 4 x iPhone
Video Paling Popular
: RM2,500



Pertandingan akan dimulakan pada 28 Mei dan berakhir pada 4 JULAI 2014 . Jadi , cepatlah menghantar penyertaan.

Semoga pertandingan ini mencapai matlamatnya . Untuk pengetahun anda juga , pada edisi tahun lepas , sekolah juga telah menghantar penyertaan bagi pertandingan ini namun hanya trofi pengalaman yang berjaya diraih pelajar berempat ini . Tampak semangat yang ditunjukkan oleh mereka sememangnya berharga dan mudah mudahan dapat dicontohi pelajar yang lain . Videonya boleh dilihat di bawah .





Apa tunggu lagi , jom kita meriahkan pertandingan ini ! Untuk keterangan lanjut , sila layari http://lrk.mcmc.gov.my/ .