Our social:

Ahad, April 13, 2014

Tugas Berat menanti SMK Baru pada Tahun ini !

Pada 24, 25 dan 26 April 2014 akan datang SMK Baru telah diberi amanah untuk mengelolakan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parliment Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak. Sebagai persediaan kepada Majlis tersebut satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan telah diadakan pada 4 April 2014 dan mesyuarat ke 2 telah diadakan pada 11 April 2014 lalu.

Mesyuarat pertama telah dipengerusikan oleh Cg Ngelambong dari JPN Negeri Sarawak. Mesyuarat juga dihadiri oleh En Masri dan Timbalan PPD Miri En Alias Bin Ngah. Manakala mesyuarat ke 2 di pengerusikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Baru Miri Puan Hajjah Siti Akmaliah..

Harapan kita, semoga pertandingan berprestej ini berjalan dengan baik dan sempurna. Ia juga menguji kebolehan dan kecekapan para guru SMK Baru Miri.