Our social:

Selasa, Januari 21, 2014

Pasukan Maulidur Rasul Pulang Bergaya Meraih Kejayaan

Tahniah kepada Warga SMK Baru Miri kerana telah memenangi tempat ke 2 sekaligus menebus kehampaan gagal membawa sebarang trofi pada tahun lepas dalam Pertandingan sepanduk (Kategori Sekolah Menengah) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri Pada tahun ini 1435H / 2014M yang diadakan di perkarangan Dewan Suarah pada 14 Januari lalu.

Terima kasih kepada semua guru dan para pelajar yang bertungkus lumus menyediakan sepanduk mengikut tema yang ditetapkan. Terima kasih juga kepada semua penderma dan guru-guru yang menyediakan makanan sepanjang menyediakan sepanduk.

Perarakan kali ini, seramai 110 orang pelajar dan guru mengambil bahagian. Walaupun hujan perarakan terus dijalankan. Semua warga SMK Baru tetap tidak berganjak selaras dengan perjuangan Rasulullah..













Terima kasih dan Tahniah sekali lagi kepada Kontegen SMK Baru Miri.Terima kasih Ustazah Nur Amirah dan Ustazah Normah.

SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang...