Majlis makan malam SMK Baru Miri telah diadakan pada jam 7.00 malam 2 November 2013 di Imperial Hotel Miri.
Objektif utama majlis makan malam akhir tahun kali ini ialah untuk
meraikan semua guru atas kejayaan Sekolah mengekalkan kecemerlangan
terutama Peningkatan GPS sekolah dalam semua peperiksaan awam, PMR, SPM
dan STPM.
Dalam majlis tersebut, semua guru yang mana mata
pelajaran yang diajarnya meningkat, diberikan sijil penghargaan sebagai
peransang untuk terus cemerlang. Namun mana2 guru yang tidak menerima
sijil tersebut diharap jangan berkecil hati dan dapat meneruskan usaha
pada tahun ini.
Semua sijil penghargaan disampaikan oleh tetamu kehormat Cik Norlia Jol wakil PPD Miri. Puan Rosnani Hj Yunus.
Selain dari itu Makan malam kali ini ialah untuk meraikan guru2 yang
sudah meninggalkan SMK Baru Miri dan yang akan meninggalkan sekolah pada
sesi yang akan datang.
Majlis makan malam kali ini sangat meriah dan berjalan dengan lancar. Ia dipengerusilan oleh Cg Umi Nadhirah dan Cg Nur Amirah.
Dalam pada itu majls makan malam bertambah menyeronokkan dengan idea
permainan yang bertemakan Deepavali yang dikendalikan oleh Cg Naomi dan
Cg Edward selain persembahan dr guru2 dan kakitangan sekolah yang sangat
berbakat.
Turut hadir dalam Majlis makan malam yang berakhir
jam 10.00 malam itu ialah YDP PIBG SMK Baru Miri, Naib YDP, eksco PIBG
dan pengetua SMK Baru Miri.
Terima kasih Kepada PIBG dan para dermawan yang menyumbang dana menjayakan majlis tersebut.
SMK Baru Miri - Blogger Team. Dikuasakan oleh Blogger.
Motto
Ke Arah Kecemerlangan
Misi
Mewujudkan Pengajaran dan pembelajaran Berkualiti Bagi Melahirkan Pelajar Cemerlang dalam Pelbagai Aspek Ke Arah Sekolah Gemilang.
Visi
SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang.
Fly Sarawak Fly High !
Tahukah Anda ?
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Baru memiliki 396 pelajar lelaki dan 448 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 844 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.
Hubungi Kami
SMK Baru Miri (YEA4102) Jalan Cahaya, Lopeng 98000 Miri, Sarawak. Tel: 085-431707 Faks: 085-428057