Perjumpaan Program MaCS Tingkatan 3
Seperti mana Perjumpaan Khas untuk tingkatan 5, satu perjumpaan khas tingkatan 3 juga telah diadakan pada 17 Julai 2013.Perjumpaan melibatkan semua guru yang mengajar pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR terakhir bagi tahun 2013. Perjumpaan ini pada keseluhannya sangat berkesan, para pelajar kini mempunyai semangat yang sangat ketal untuk mencapai hasrat masing-masing.
Seperti perjumpaan pelajar tingkatan 5 Perjumpaan ini adalah perjumpaan kali ke 2 yang biasanya diadakan selepas setiap kali peperiksaan. Selain merealisasikan Program MaCS (Managing Challenging School) fasa 3, program ini juga dapat menghubungkan secara terus harat guru dan pelajar, masalah yang dihadapi dalam kelas selain pelajar tahu akan kedudukan mereka terkini.
Kerjasama erat guru dan pelajar amat penting kerana pendidikan adalah kerja usahasama dalam mencapai cita-cita. Para pelajar harus cemerlang untuk melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang.
Peperiksaan percubaan PMR akan bermula pada 22 Julai 2013.Semoga mereka akan berusaha bersungguh2 dalam mengejar kecemerlangan. Jadikan kejayaan ini sebagai hadiah kepada Ibu bapa yang selama ini menaruh harapan yang tinggi kepada kita.
Gagal sebelum ini tidak beerti gagal selamanya...Apa yang penting ialah berusaha dan terus berusaha tanpa jemu.
Dalam gambar : Para pelajar Tingkatan 3 sedang mendengar taklimat dari guru-guru yang sangat perihatin, guru-guru yang selama ini sentiasa berusaha untuk kecemerlangan SMK Baru Miri...
SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang...
Terima kasih Cikgu..