Our social:

Rabu, Julai 24, 2013

Majlis Penyerahan Tugas Pengawas


Satu Majlis ringkas penyerahan tugas pengawas lama dan penyampaian watikah kepada pengawas baru telah di adakan pada 23 Julai 2013 ditapak "roll call" jam 7 pagi.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan ketua pengawas dan disusuli dengan penyampaian watikah oleh pengetua Smk Baru Miri. Akhir majlis semua pengawas baru sama2 membaca ikrar.

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pengawas lama. Selama ini mereka telah memberi komitmen yang tinggi bersama Lembaga Disiplin Sekolah dalam memastikan semua pelajar SMK Baru Miri mengikut peraturan sekolah.

Sekarang sampailah masanya mereka berehat sebentar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang bakal mereka hadapi. Semoga mereka terus berjaya.

Kepada pengawas baru, selamat menjalankan tugas. Semoga kamu semua berjaya dalam tugas baru ini. Jadilah pemimpin yang hebat kerana pemimpin yang hebat akan melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang.


Terima Kasih Cikgu...