Our social:

Selasa, Julai 30, 2013

Banner Besar Mercu tanda SMK Baru Miri

Satu banner besar telah dipasang di depan sekolah, pada tiang banner yang lama sudah tidak di pakai. Biasanya papan banner tersebut akan silih berganti dengan banner baru yang bukannya kekal di sana.

Satu idea baru, di mana pihak pengurusan sekolah bercadang supaya satu banner besar direka dan diletakkan di sana supaya SMK Baru Miri dapat mewar-warkan visi sekolah kepada masyarakat tempatan. Bukan sahaja pihak sekolah perlu cemerlang, tetapi komuniti setempat, para ibu bapa dan para pelanggan sekolah juga harus bersama-sama membantu untuk cemerlangkan SMK Baru Miri.

Oleh itu kata-kata yang dipilih "Together We Make SMK Baru Miri Better" dan Visi Kami SMK Baru Miri Sentiasa Cemerlang amat bertepatan sekali untuk mencapai objektif tersebut.

Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Fauzi Mohamed, Cg Wan Azizi Wan Razali, Cg Janot Ak Bunit dan Pengawal Keselamatan yang sama-sama membantu memasang banner hasil kreativiti Ustaz Ahmad Fauzi sendiri.



 Terima Kasih Cikgu...