Our social:

Isnin, Februari 11, 2013

Projek PIBG SMK Baru Miri - Jogathon 2013

Pada 15 Januari lalu, satu majlis pelancaran Jogathon telah diadakan di Dewan Harmoni SMK Baru Miri. Jogathon merupakan satu aktiviti PIBG SMK Baru Miri dalam usaha mengutip dana untuk membantu para pelajar SMK Baru Miri dalam beberapa aktiviti sekolah yang mereka sertai selain membatu dalam P & P guru. Pada kali ini, pengarah projek Jogathorn ialah Cg Mohd Fatihi. 

Simbolik penyerahan kad Jogathorn kepada Cg Fatihi - Pengarah Projek
Contoh Kad yang siap dicetak
Apa yang menarik Jogathorn 2013 kali ini ialah sasaran yang perlu dikutip oleh pelajar ialah hanya RM15 sahaja berbanding Projek Bacathorn sebelum ini sasarannya lebih besar. Sasaran untu guru dan kakitangan pula ialah sebanyak RM25. Cadangan dari majlis tertinggi PIBG dibawah pimpinan En Anuar Bin Haji Ahmad supaya sasaran lebih rendah ini sangat menarik kerana semua warga sekolah tidak terlalu tertekan utuk mencari dana, namun yang sedikit ini juga dapat membantu sekolah. 

Pelajar-pelajar kebanggaan SMK Baru Miri
Semoga usaha yang dilakukan oleh PIBG ini diberkati dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Terima kasih Cikgu..