Our social:

Selasa, Januari 29, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Pada hari Khamis lalu 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, merupakan hari ulangtahun kelahiran kekasih hati semua umat Islam seluruh dunia iaitu Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Warga SMK Baru Miri juga tidak terkecuali, menyertai perarakan disamping memuji dan berselawat ke atas Nabi.

Semua kotejen bersiap sedia untuk perarakan
Kontejen SMK Baru Miri
Perjalanan yang jauh - keletihan
Perarakan yang berlangsung dari Jam 7 pagi dan berakhir jam 11 pagi itu disertai oleh ribuan Umat Islam. Warga SMK Baru yang menyertai perarakan dianggarkan lebih dari 120 orang. Dari awal pagi lagi semua kontejen sudah bersiap sedia di sekitar Dewan Suarah Miri

Kontejen SMK Agama Miri yang segak bergaya dan memenangi Johan Keseluruhan
SMK Merbau..
Semua umat Islam yang hadir dalam perarakan tersebut kelihatan bersemangat dan semua kontejen dapat menghabiskan perarakan sekitar Bandaraya Miri sejauh 8 Km dengan rasa bangga walaupun ramai yang keletihan. Kontejen SMK Baru Miri diketuai oleh Ustaz Shukri dan Ustaz Ahmad Fauzi.

Terima kasih Cikgu...