Our social:

Jumaat, September 07, 2012

Ramah Tamah Aidilfitri Dari Kakitangan Sokongan

Majlis ramah tamah Aidilfitri Kakitangan Sokongan SMK Baru Miri dibuat secara sederhana di Pejabat Sekolah, namun suasana tetap meriah. Semua guru dan kakitangan di jemput hadir.Tahniah kepada semua kakitangan sokongan atas inisiatif ini di bawah kepimpinan Puan Biviana Mohd Ali. Semoga hubungan baik antara kakitangan sokongan dengan guru-guru sentiasa terpelihara.

Sedapnya "Spagetti"..
Makanan Istimewa, galoh atau ambuyat
Galoh atau Ambuyat
Cantik bergaya.. guru-guru SMK baru Miri
Sama-sama menikmati hidangan..
Kek Lapis Sarawak - Hidangan wajib
Walaupun hari raya sudah lebih dua minggu berlalu, tetapi ramai lagi rakan-rakan yang mengadakan ramah tamah atau rumah terbuka ini. Rumah terbuka Cg Asiah pada Hari Sabtu 8.9.12, jam 7.30 malam, manakala rumah terbuka Cg Fadzli pada hari Ahad 9.9.2012, Jam 1.00 tengahari hingga 5.00 petang. Semoga Allah menggandakan rezeki mereka. InsyaAllah.

Terima kasih Cikgu..