Our social:

Isnin, Ogos 13, 2012

Pelancaran Bacaton PIBG SMK Baru Miri 2012

Pada 7 Ogos 2012 yang lalu SMK Baru Miri dengan kerjasama PIBG SMK Baru Miri telah mengadakan majlis ringkas pelancaran rasmi Bacaton 2012. Majlis telah dilancarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Cg Boyce Anyi di Tapak Roll Call pada jam 6.45 pagi. Tempoh Bacaton atau bulan membaca yang dicadangkan ialah dari 7 Ogos 2012 hingga 5 Oktober 2012. Semua buku yang dibaca oleh pelajar perlu direkodkan dalam Buku Program Nilam dan disemak oleh Guru Bahasa.

Lesen yang dibenarkan oleh pihak berkuasa membuat kutipan Bacaton ini sah sehingga bulan Mei 2013. Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan.

Pelajar SMK Baru Miri. Datang dengan harapan pulang dengan kejayaan. Mereka adalah pemimpin masa depan..
Tujuan utama Bacaton dilancarkan adalah untuk memupuk amalan membaca di kalangan warga SMK Baru Miri dan mengutip dana bagi meningkatkan beberapa frasarana dan kemudahan pelajar untuk belajar. Selain daripada itu Bacaton ini juga diharap dapat membantu meningkatkan kualiti Pusat Sumber Sekolah dengan harapan dapat menambahkan bahan bacaan dan alat bantu mengajar guru.

Contoh Kad Bacaton SMK Baru Miri
Kutipan yang dicadangkan ialah Guru dan kakitangan sekolah RM30 dan pelajar RM20. Kutipan sasaran ialah RM18,000. Berbagai hadiah menarik disediakan. Bagi setiap jumlah kutipan tertentu ada hadiah yang ditetapkan. Kutipan yang mencecah RM10,000 sebuah motosikal Honda EX5 sedia menanti.

Majlis penutupan akan diadakan pada  Hari Sabtu 13 Oktober 2012 Jam 7.15 pagi di Dewan Sri Harmoni SMK Baru Miri. 

Semoga kutipan ini mencapai sasaran yang ditetapan dan yang pentingnya pelajar mendapat manfaat bagi perbelanjaan yang bijak. Semoga mereka akan menjadi pelajar cemerlang.

Terima kasih Cikgu..