Our social:

Latest Post

Rabu, Ogos 29, 2012

SMK Baru Johan Pertandingan Kuiz Tatabahasa dan Pengetahuan Am 2012

Tahniah kepada 3 Orang wira SMK Baru Miri kerana telah menunjukkan prestasi yang baik sehingga dapat muncul juara dalam Pertandingan Kuiz Tatabahasa dan Pengetahuan Am 2012 yang dianjurkan oleh Pasaraya e-Mart Miri Sarawak, pada 25 Ogos lalu. Wira-wira tersebut ialah Grunsin ak Rajin, Salman Farsi Bin Mohd Ismail dan Danial Ashraf bin Shamsuri. Masing-masing telah menerima hadiah voucher RM100 ringgit seorang dan jumlah keseluruhannya RM300 ringgit. Dalam pertandingan tersebut mereka telah mengalahkan peserta dari SM Pei Min dan SM Riam Road.

Antara matlamat yang digariskan oleh penganjur Pertandingan Kuiz Tatabahasa dan Pengetahuan Am tersebut  ialah memberikan pendedahan kepada pelajar aspek pengetahuan am dan tatabahasa selain memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. 

Keratan Akhbar..
Guru pengiring yang bersama-sama dengan peserta dari SMK Baru pada pertandingan tersebut ialah Cikgu Nasir Bin Sopin dan Cikgu Shorkri Bin Abdullah.

Tahniah dan Terima kasih Cikgu..

Selasa, Ogos 28, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah..

Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua warga sekolah, Guru-guru, para pelajar dan semua Kakitangan Sokongan sekolah. Tentunya cuti 1 Minggu lepas merupakan hari-hari yang sangat menarik dan amat gembira dalam hidup masing-masing. Bukan sahaja cuti untuk melepaskan penat lelah bekerja tetapi bagi semua warga sekolah yang beragama Islam, kunjung mengunjung antara satu sama lain dan berjumpa sanak saudara di Aidilfitri tentunya sangat seronok. Semoga kegembiraan dan jalinan kemesraan antara rakan taulan, sanak saudara akan berkekalan selamanya seterusnya dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Hari Raya yang akan datang.

Pelajar SMK Baru, Perhimpunan Rasmi sekolah pada Isnin 28.8.2012 memberi tumpuan kepada amanat yang disampaikan oleh guru.
Cabaran yang besar menanti para pelajar terutama yang akan menduduki peperiksaan Awam. PMR, SPM dan STPM. Dalam suasana mod perayaan ini semua pelajar perlu pandai menggunakan masa yang ada supaya tidak mengabaikan pelajaran. Saya berharap semua pelajar dapat menggandakan usaha yang ada dan tidak menoleh kebelakang lagi untuk sama-sama mengejar kejayaan. Tiada alasan untuk berjaya jika semua itu adalah kehendak kita.

Cikgu Nurulamira sedang memberikan soalan kuiz kepada pelajar sempena sambutan Hari Kebangsaan Malayisa ke 55, Tahniah kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat..
Kepada semua guru selamat mengajar, kepada para pelajar, selamat belajar dan kepada AKS selamat menjalankan tugas. Sekarang adalah masanya kita bekerja bersungguh-sungguh selepas kita sama-sama bercuti dan bergembira. Sama-sama kita bersyukur atas apa yang kita nikmati selama ini dengan bekerja dengan penuh berintegriti.

Sekali lagi saya ucapkan, selamat kembali ke sekolah kepada semua warga sekolah. Semoga apa yang kita cita-citakan untuk kejayaan sekolah kita akan dimakbulkan oleh yang maha esa.

Sekian, Terima kasih Cikgu..

Khamis, Ogos 16, 2012

Duit Raya Untuk Pelajar

Bahang Sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin terasa. Kegembiraan dan keseronokan pelajar SMK Baru Miri hari ini 16 Ogos 2012 bertambah dengan adanya sumbangan duit raya dari Koperasi SMK Baru Miri. Dari perbincangan pihak sekolah dengan Naib Pengerusi Koperasi Cikgu Hamidon Bin Abdul Ghani , pihak koperasi bersetuju mengagihkan "Dividen Langganan" kepada semua pelajar yang menjadi ahli sebanyak RM5 (Ringgit Malaysia: Lima Ringgit Sahaja) seorang yang keseluruhannya berjumlah RM4130 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu Satu Ratus Tiga Puluh Ringgit Sahaja) dengan jumlah pelajar seramai 826 Orang.

Guru kopersi sedang agihkan duit raya kepada guru tingkatan untuk di serahkan kepada pelajar
Dalam ucapan ringkas di Tapak Roll Call SMK Baru pagi ini 16 Ogos 2012, Cg Hamidon mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menjadikan koperasi sebagai tempat untuk berbelanja. Sumbangan yang telah mereka berikan itu, keuntungannya dikembalikan kepada pelajar. Beliau berharap agar semua pelajar akan terus memberi sumbangan dengan membeli barangan keperluan dari koperasi dan jika keuntungan koperasi bertambah, maka sumbangan yang lebih besar akan diberikan kepada pelajar.

Guru-guru tingkatan sedang agihkan duit raya kepada pelajar
Gembira mendapat duit raya, bersalaman dan bermaafan
Walaupun begitu, sebelum ini Koperasi SMK Baru Miri juga banyak menyumbang kepada pihak sekolah untuk melaksanakan berbagai aktiviti dengan menggunakan dana dari tabung Khas untuk aktiviti pelajar. Sumbangan ini termasuklah untuk kegiatan sukan, kokurikulum dan akademik murid.

Gembira untuk menyambut Hari Raya dengan sumbangan yang diberikan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru Koperasi SMK Baru atas sumbangan ini. Jasa mereka dalam menguruskan koperasi SMK Baru Miri ketahab yang terbaik ini patut di berikan penghargaan, Mereka terdiri dari Cg Hamidon, Cg Dayang Aziyah, Cg Lei Feng Liang (Berpindah), Cg Norkhamisa, Cg Mohd Fazli, Cg Rafidah, Cg Kertiny, Cg Wong Hai Ying, Cg Lee Yee Phing dan Cg Lee Shuk Fang. Begitu juga dengan AJK yang terdiri kepada para pelajar tingkatan enam. Terima kasih banyak-banyak.

Jangan buat perkara yang tidak berfaedah, jadilah pelajar yang bijak..
Semoga selepas ini, Koperasi SMK Baru Miri akan terus berjaya dan menjadi sebuah kopersi sekolah yang terbaik di Daerah ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..

Terima kasih Cikgu..

Rabu, Ogos 15, 2012

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Kepada semua warga sekolah yang di kasihi..


Seperti yang kita ketahui bahawa sekolah akan ditutup mulai 17 Ogos 2010 hingga 26 Ogos 2012 kerana Cuti Pertengahan Penggal ke 2. Disamping itu semua guru, kakitangan dan pelajar Islam akan menyambut Aidilfitri, tanda kemenangan mereka menjalankan Ibadah puasa. 

Semoga kita terus gembira, berhari raya dengan sanak saudara, Selamat pulang ke kampung masing-masing sama ada jauh dan dekat 
Jaga kesihatan dan keselamatan. Berhati-hati di jalan raya, Bersabar dan bertimbangrasa
Saya berharap dan berdoa sepanjang cuti ini semua warga SMK Baru Miri akan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dengan diberi kesihatan yang baik dari apa yang mereka makan, terjamin keselamatan sama ada perjalanan pulang, semasa ziarah menziarahi saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai dan selamat pulang ke sekolah pada 27 Ogos 2012 dalam keadaan sihat walafiat seperti mana sekarang. Rakan-rakan yang bukan beragama islam, berkunjunglah ke rumah rakan-rakan yang menyambut hari raya, semoga kemesraan antara sama lain berkekalan..

Kegembiraan dan semangat menyambut lebaran. Pejabat di hias cantik. Terima kasih..
Anak yatim dan pelajar miskin tidak dilupakan. Terima kasih Panitia Pendidikan Islam atas sumbangan yang diberikan.
Kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM jangan terlalu bergembira sehingga lupa akan tanggungjawab masing-masing. Peperiksaan awam semakin dekat. Jangan lupa membaca buku, bereskan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru dan yang penting ialah kesedaran diri sendiri untuk mencapai target dan berjaya. 

Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga, 
Maaf Zahir dan Batin.

Pengetua, 
SMK Baru Miri.

Isnin, Ogos 13, 2012

Pelancaran Bacaton PIBG SMK Baru Miri 2012

Pada 7 Ogos 2012 yang lalu SMK Baru Miri dengan kerjasama PIBG SMK Baru Miri telah mengadakan majlis ringkas pelancaran rasmi Bacaton 2012. Majlis telah dilancarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Cg Boyce Anyi di Tapak Roll Call pada jam 6.45 pagi. Tempoh Bacaton atau bulan membaca yang dicadangkan ialah dari 7 Ogos 2012 hingga 5 Oktober 2012. Semua buku yang dibaca oleh pelajar perlu direkodkan dalam Buku Program Nilam dan disemak oleh Guru Bahasa.

Lesen yang dibenarkan oleh pihak berkuasa membuat kutipan Bacaton ini sah sehingga bulan Mei 2013. Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan.

Pelajar SMK Baru Miri. Datang dengan harapan pulang dengan kejayaan. Mereka adalah pemimpin masa depan..
Tujuan utama Bacaton dilancarkan adalah untuk memupuk amalan membaca di kalangan warga SMK Baru Miri dan mengutip dana bagi meningkatkan beberapa frasarana dan kemudahan pelajar untuk belajar. Selain daripada itu Bacaton ini juga diharap dapat membantu meningkatkan kualiti Pusat Sumber Sekolah dengan harapan dapat menambahkan bahan bacaan dan alat bantu mengajar guru.

Contoh Kad Bacaton SMK Baru Miri
Kutipan yang dicadangkan ialah Guru dan kakitangan sekolah RM30 dan pelajar RM20. Kutipan sasaran ialah RM18,000. Berbagai hadiah menarik disediakan. Bagi setiap jumlah kutipan tertentu ada hadiah yang ditetapkan. Kutipan yang mencecah RM10,000 sebuah motosikal Honda EX5 sedia menanti.

Majlis penutupan akan diadakan pada  Hari Sabtu 13 Oktober 2012 Jam 7.15 pagi di Dewan Sri Harmoni SMK Baru Miri. 

Semoga kutipan ini mencapai sasaran yang ditetapan dan yang pentingnya pelajar mendapat manfaat bagi perbelanjaan yang bijak. Semoga mereka akan menjadi pelajar cemerlang.

Terima kasih Cikgu..

Majlis Berbuka Puasa SMK Baru Miri 2012

Majlis berbuka Puasa anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Baru Miri telah diadakan pada 3 Ogos 2012 lalu dengan suasana yang meriah. Majlis yang telah dirancang dan di ketuai oleh Ustaz Fauzi tersebut berjaya mengumpulkan seramai kira-kira 300 orang yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar Islam. Dalam pada itu guru-guru bukan Islam juga turut dijemput bersama selain dari itu 2 orang tetamu khas dari PPD Miri iaitu Cg Mariam Monek dan Cg Norilia.

Bergotong royong memasak juadah berbuka puasa
Memasak dalam suasana ceria dan meriah. Makanan menjadi sedap...
Majlis berbuka puasa bermula dengan kehadiran semua guru dan pelajar pada 5.30 petang. Tepat jam 6.00 petang majlis bacaan Yassin dan Tahlil diadakan. Selesai sahaja majlis tersebut, semua guru dan pelajar berbuka puasa bersama dan terus menunaikan Solat Maghrib. Selesai sahaja Solat Maghrib semua tetamu dijemput menjamu selera di Kantin sekolah.

Majlis tahlil di Dewan Sri Harmoni..
Majlis berbuka puasa kali ini sangat menarik kerana pada tahun ini majlis bermula dengan aktiviti gotong royong memasak juadah berbuka puasa, Walaupun semua guru dan pelajar dalam keletihan berpuasa namun semuanya telah memberi komitmen yang sangat tinggi. Sikap bekerjasama dan Ukhuwah antara semua pelajar dan guru sangat terpuji. Selain dari itu ramai juga guru-guru yang turut bersedekah serta menumbangkan makanan, sama ada dari guru-guru Islam maupun guru-guru bukan Islam serta Ibu bapa pelajar.

Solat Maghrib dan suasana berbuka puasa di Kantin SMK Baru
Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam atas kejayaan ini. Terima kasih juga kepada semua guru dan pelajar yang bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa ini dan sama-sama memastikan kejayaan majlis.

"Sesungguhnya di Syurga terdapat sebuah pintu yang dinamakan 'ar-Rayyan' yang memasukinya pada hari kiamat adalah orang-orang yang berpuasa, tiada siapa memasukinya selain mereka. Dan apabila mereka sudah memasukinya maka pintu itu pun ditutup" - Riwayat Bukhari dan Muslim


Terima kasih Cikgu..

55 Tahun Merdeka Janji Ditepati..



55 Tahun Merdeka Janji Ditepati

Tema Hari Kebangsaan Tahun 2012

Selasa, Ogos 07, 2012

TERIMA KASIH PAHLAWAN MALAYSIA

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PAHLAWAN MALAYSIA..


Kita bersyukur.. mereka bergadai nyawa demi masa depan kita.
Kalau tidak kerana mereka, di manakah kita sekarang?

Kita bersyukur... dibuai lena bernaungkan keselesaan.
Siang malam mereka tak tidur, dikelilingi hutan belantara, bertemankan pacat dan serangga.

Kita bersyukur... saling bertukar ganti pakaian harum dan bersih.
Seragam hamis, berkeringat... berminggu-minggu lekat di badan.

Kita bersyukur... pelnagai makanan tersedia, cuma selera menentukan pilihan.
Seharian suntuk belum lagi menjamah... walaupun sesuap nasi.

Kita bersyukur... masih mempunyai masa depan yang sungguh cerah.
Mereka korbankan masa depan mereka... buat anugerah masa depan kita.

Kita bersyukur...
Kenangkan jasa mereka... masa depan jangan sia-siakan!

Terima kasih Pahlawan Malaysia.

Sumber : KOSMO, Isnin 30 Julai 2012

Jumaat, Ogos 03, 2012

Minggu Tanpa Skrin

Tahukah anda bila Kempen "Minggu Tanpa Skrin" diadakan? 

Kempen "Minggu Tanpa Skrin" merupakan acara tahunan yang diadakan pada 21 hingga 27 April 2012 semenjak tahun 1995, dengan tujuan untuk menggalakkan para Ibu bapa untuk menutup televisyen dan peralatan berskrin di rumah. Seterusnya mereka akan menggunakan masa yang terluang itu untuk bersama-sama anak-anak mereka.

Di Malaysia, Minggu Tanpa Skrin mula diadakan pada tahun 2012 oleh FOMCA. Sebelum ini FOMCA menganjurkan Minggu Tanpa Televisyen pada tahun 2009 hingga tahun 2011.


Media berskrin telah menghabiskan banyak masa keluarga, yang sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti secara bersama, Tabiat ini juga merupakan sebab untama berlakunya masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Tabiat menggunakan media berskrin untuk tujuan rekreasi secara berlebih-lebihan telah menyebabkan wujudnya gaya hidup yang suka bersendirian dan tidak banyak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, jesteru itu ia tidak baik dari segi mental maupun fizikal.

Minggu Tanpa Skrin bertujuan untuk mewujudkan kesedaran bahawa masa menggunakan media berskrin perlu dihadkan kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari. Kanak-kanan dan golongan muda didapati telah  menghabiskan masa antara 4 hingga 6 jam sehari untuk menonton televisyen, bermain permaian video atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.

Menutup media berskrin akan memberi peluang kepada kita untuk berfikir, membaca dan membuat perkara yang baru. Ia juga bolehkan kita bermesra dengan keluarga dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

Fikirkan apakah aktiviti yang boleh kita lakukan tanpa ada skrin...

Sumber : Majalah Generasi Pengguna

Terima kasih Cikgu..

Khamis, Ogos 02, 2012

Musim Peperiksaan Bermula Lagi..

Tempoh peperiksaan sebenar yang telah dirancangkan bagi SMK Baru Miri iaitu Peperiksaan Pertengahan Penggal ke 2 atau peperiksaan percubaan bagi tingkatan 3, 5 dan 6 Atas ialah pada 6 Ogos hingga 17 Ogos 2012. Oleh kerana tarikh Hari Raya Aidilfitri terlalu dekat iaitu berkemungkinan besar sambutannya jatuh pada hari Ahad dan bagi membolehkan semua warga sekolah membuat persiapan terutama dari luar Miri, maka pihak sekolah telah memohon cuti ganti pada 17 Ogos 2012. Surat kelulusan cuti tersebut sudah diterima pada 1.8.2012 dan cuti ganti yang dicadangkan ialah pada Sabtu 6 Oktober 2012. 

Para pelajar sedang mendengar taklimat peperiksaan seni dari Cg Shuckri Jamiri
Para pelajar SMK Baru tidak lepaskan peluang mentelaah walau di mana saja berada..
Ekoran dari itu, maka tarikh peperiksaan yang sepatutnya bermula pada 6 Ogos bagi  tingkatan 3 dan 5 terpaksa di tarik kehadapan  iaitu pada 3 Ogos 2012. Saya percaya semua pelajar sudah bersedia menghadapi peperiksaan ini dan akan buat lebih baik dari sebelumnya. Taklimat peperiksaan sudahpun di jalankan oleh Penolong Kanan Pentadbiran kepada semua guru pada hari Isnin 30.7.2012 lalu dan pada hari Khamis taklimat peperiksaan kepada pelajar di tapal "Roll Call" oleh pengetua.

Sifat terpuji - tidak membuang masa
Senyuman yang manis, seronok ke sekolah..
Ingat!! adab-adab menduduki peperiksaan.. saya selalu doakan anda menjadi orang-orang yang bijak dan Cemerlang.. Selamat menduduki peperiksaan.

Note : Sekolah akan ditutup mulai 18.8.2012 hingga 26.8.2012 untuk untuk cuti Pertengahan Penggal disamping sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sekolah akan dibuka semula pada 27.8.2012. Berlari-larilah ke Sekolah. Jangan Ponteng.. Kita semua sudah berikrar "Kita Anti Ponteng".

Terima kasih Cikgu

PERTANDINGAN KUIZ TATABAHASA - ANJURAN EMART MIRI SARAWAK 2012

Pada 21 Julai 2012 yang lalu buat julung kalinya para pelajar SMK Baru Miri terdiri dari Adik Grunsin ak Rajin, Salman Farsi bin Mohd Ismail dan Danial Ashraf Bin Shamsuri telah mnyertai Pertandingan Kuiz Tatabahasa dan Pengetahuan Am bertempat di pusat beli belah Emart, Miri Sarawak.



Pertandingan ini telah turut disertai oleh beberapa buah sekolah di Bandaraya Miri. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SMK Baru Miri, SMK St. Columba, SMK Dato Permaisuri, SMK Pei Min, SMK Chung Hua, SM Sains dan banyak lagi.


Pasukan yang bertanding terbahagi kepada tiga peringkat saringan. Setiap saringan, pasukan yang berjaya akan memasuki pusingan akhir pada 25 Ogos 2012 nanti.

Pertandingan kuiz dan pengetahuan berjalan dalam suasana yang menyeronokan

Pemarkahan pertandingan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu kategori pertama pelajar-pelajar wajib menjawab 15 soalan. Setiap soalan mengandungi 2 markah. Bagi kategori B pula ialah Teka Gambar Rajah. Setiap kumpulan akan menjawab 5 gambarajah yang mencakupi sebanyak 10 markah. Untuk kategori ketiga pula ialah menguji pengetahuan am pelajar yang membawa markah sebanyak 30 markah. Soalan-soalan yang diberikan ialah secara terbuka. Bagi ketegori keempat ialah lakonan.

Pihak penganjur menyampaikan hadiah kepada pasukan SMK Baru Miri yang muncul sebagai juara saringan kedua
Matlamat utama kuiz ini dianjurkan ialah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang aspek pengetahuan am dan tatabahasa, selain memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Laporan disediakan Oleh :
Cikgu Mohd. Shorkri Bin Abdullah dan Cikgu Mohd. Nasir Bin Sopin

Terima kasih Cikgu

Rabu, Ogos 01, 2012

Malang Tidak Berbau..

Pada hari khamis lalu 26 Julai 2012 pada jam 6.30 pagi telah berlaku satu kemalangan di Jalan Cahaya Lopeng menuju ke Sekolah. Malangnya, orang yang terlibat adalah pelajar SMK Baru, Miri sendiri yang dikatakan sedang membuat pusingan "U". Tiba-tiba sebuah kereta yang datang dari arah hospital dengan laju melanggarnya. Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah Chee Chung Ling dari Tingkatan 6RS3. Dalam kejadian tersebut, pelajar ini tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi masih dalam keadaan terkejut. Sama-sama kita doakan beliau akan sihat dan turun ke sekolah seperti biasa. 

Malang tidak berbau... 
Kepada semua pelajar dan warga SMK Baru Miri, jaga keselamatan anda semasa datang dan pulang dari sekolah. Kita semua perlu menjaga keselamatan masing-masing. Lihat kiri dan kanan sebelum melintas. Beringat sebelum kena..

Terima kasih Cikgu..