Our social:

Ahad, Julai 22, 2012

LDP Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)


SMK Baru Miri, 14 Jun 2012 - Satu program Latihan dalam perkhidmatan telah di adakan di Bilik Mesyuarat SMK Baru Miri bersama dengan En. Lim Yong Soon dari Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Miri. LDP berjalan lancar dengan kehadiran semua guru. Ia bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5 petang.

LDP PBS diadakan di SMK Baru oleh En. Lim Yong Soon
Objektif Utama LDP ini dilaksanakan supaya semua guru di SMK Baru, Miri betul-betul faham akan Dasar yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2014 nanti. Semua guru perlu faham walaupun sekarang guru tersebut mengajar tingkatan 4 atau 5, jika beliau terpaksa mengajar tingkatan 1 hingga 3 nanti tidak akan menjadi masalah kepadanya kelak. Oleh itu semua guru perlu mempunyai ilmu terhadap PBS ini supaya semua kerja menjadi mudah.


Taklimat PBS kepada Pengetua dan Guru Besar Oleh Cik Tan Lee Suan

Taklimat PBS telah diadakan kepada semua pengetua semasa Persidangan Pengetua-pengetua Negeri Sarawak di Mukah sebelum ini. Atas inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah Miri, Sektor pengurusan Akademik telah memohon Cik Tan Lee Suan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Sarawak, memberi taklimat sekali lagi kepada semua pengetua dan Guru Besar Daerah Miri pada 20 Julai 2012 di Pusat Sumber SK Miri. Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan lebih lanjut berkenaan dengan pelaksanaan  dan pemantauan PBS di Kalangan pemimpin sekolah..

Terima kasih Cikgu..