Our social:

Isnin, Jun 11, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah dan selamat Jalan

Hari ini 11.6.2012 merupakan hari pertama sekolah di buka setelah bercuti selama 2 minggu. Suasana sunyi di SMK Baru, Miri bertukar meriah. Banyak cerita yang di kutip sepanjang cuti untuk di kongsi bersama rakan taulan terutama di kalangan pelajar. Para guru dan staf juga bertanya khabar antara satu sama lain setelah lama tidak bersua. Tahniah kepada anda semua kerana dapat datang awal ke sekolah. Bersyukur kita semua sampai ke sekolah dengan selamat. Semoga semangat dan azam yang kuat membuatkan anda terus cemerlang dan mengangkat nama SMK Baru Miri. Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua guru dan pelajar. 

Jangan lupa setiap Hari Rabu (Hari Ko-kurikulum)kita sama-sama pakai baju Badan Beruniform masing-masing
Hari ini juga, SMK Baru Miri akan kehilangan seorang guru yang banyak berjasa terutama kepada Koperasi sekolah. Beliau ialah Cg Lei Feng Liang (Bendahari Koperasi) yang akan bertukar SMK Tun Abdul Razak, Serian. Semoga beliau akan lebih cemerlang di sana.. Selamat Jalan Cikgu..

Terima kasih Cikgu.. Pengetua