Our social:

Selasa, Jun 12, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Baru Miri Tahun 2012 Sederhana Tetapi Meriah

Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Baru, Miri disambut sederhana tetapi tetap meriah. Sambutan bermula pada 16 Mei 2012 sepertimana yang diarah oleh Jabatan Pelajaran kepada semua sekolah dan berakhir pada 25 Mei 2012. Majlis penutupan pada hari Jumaat jam 7.30 pagi itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Lee Kin Shin DUN N.65 Senadin merangkap Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan. Jangkamasa sambutan yang panjang membolehkan pelbagai aktivirti hari guru dijalankan. Semoga hari guru kali ini memberi kenangan indah kepada semua guru.

Semua pelajar dan guru berkumpul di Dewan Hamoni menonton siaran langsung Ucapan dari Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Semua yang hadir memberi tumpuan kepada Ucapan Timbalan Perdana Menteri
Pengetua bersama sebahagian guru-guru meotong kek Hari Guru pada 16 Mei 2012 di Bilik Peperiksaan yang di Hadiahkan Oleh Bank Rakyat Cawangan Miri.
Guru-guru SMK Baru,Miri beriadah bertanding Perlawanan Bowling antara guru di Mega Lane East Bowling, Bintang Megamall, Bandaraya Miri..

Suasana ceria dan wajah-gembira guru-guru SMK Baru, Miri
Pertandingan Bowling antara guru dirasmilkan oleh pengetua
YDP PIBG juga turut memeriahkan suasana di Mega Lane East Bowling
Pertandingan Footsal antara guru dan PIBG
Keletihan, tapi masih mampu tersenyum
Tahun depan kita buat paukan Footsal guru perempuan pulak cikgu..
 Laporan pertandingan Footsal oleh Ustaz Ahmad Fauzi di Sini : 
 http://smkbarumiri.blogspot.com/2012/05/kejohanan-futsal-guru-staf-dan-pibg.html
Kek sumbangan dari Selera D'Kelate..
Cg Marlyani sedang memotong kek..
Cg Erman dan Cg Sharifah sedang memerap ayam untuk malam BBQ berkonsepkan "Kasih sayang"
Daging kambing sedia untuk di panggang
PK Hem pengarah projek BBQ sedang memantau..
Ikan juga disediakan ..
Cg Mohamad Fazli "Master Chef" mula memanggang dibantu oleh En. Dominic
Air Kelapa Cg Noraini.. mendapat sambutan. Sedap..
Kek Hari Guru Malam BBQ Sumbangan "D" Selera Kelate
Jamuan bermula, semua guru dan famili menikmati hidangan
Macam-macam ada..
Berselera.. En. Anuar sedang memberi ucapan. Terima kasih kepada PIBG kerana sudi meraikan semua guru...
Baunya sudah "mengancam" Hebat resipi Cg Fazli
Guru-guru SMK Baru Miri sedang berlatih menyanyi lagu tema Hari Guru 2012 dipimpin oleh Cg Wailyn dan Cg Naomi untuk dipersembahkan pada penutupan hari guru pada 25 Mei 2012. Kelihatan Cg Nasir dan Cg Fatihi sedang menghafal lagu tersebut..
Perarakan guru masuk Dewan Harmoni diketuai oleh Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran
Pasukan kompang sekolah dan guru-guru sedang menanti Kedatangan Yang Berhormat
YDP PIBG sedang mengagihkan cenderahati kepada semua guru
Persembahan yang menarik dari pelajar untuk Guru-guru
Meriah... penutupan Sambutan Hari Guru dengan Sukaneka dan Jamuan makan tengahari di Dewan Harmoni.
YB Datuk Dr Lee Kin Shin pulang lebih awal sebelum majlis tamat kerana ada urusan penting. Majlis diteruskan oleh YDP PIBG En. Anuar Bin Hj Ahmad. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi datang ke SMK Baru Sempena Sambutan Hari Guru ini dan terima kasih yang tidak terhinggakerana sumbangan beliau sebanyak RM3000 (Tiga Ribu Ringgit) kepada tabung PIBG Sekolah.

Terima kasih juga kepada semua pengawas, pelajar tingkatan 6, semua pelajar SMK Baru, YDP PIBG dan Semua Ahli Eksconya, Staf Sokongan, Pekerja swasta, Para dermawan dan semua guru yang bertungkus lumus memastikan sambutan hari guru SMK Baru. Miri berjalan dengan lancar dan meninggalkan kenangan yang sangat menarik. Terima kasih kepada semua yang sama-sama menjayakan hari guru ini, yang tidak tercatat di sini. Sesungguhnya kita adalah guru-guru yang hebat..

Terima kasih Cikgu..

Pengetua..