Our social:

Rabu, Jun 13, 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 (LNPT 2011)


Tahniah kepada semua guru dan Staf SMK Baru Miri yang telah dianugerahkan APC yang disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak di Dewan Suarah Miri pada 20 April 2012 baru-baru ini. Tahniah kepada Cg Hamidon B. Abdul Ghani, Cg Doris Kho Hiong Kuong, Cg Parose Ak Chugan, Cg Norzima Bt Ali Hussien, Puan Noraya Bt Garip, Cg Malyani Bt Jamalulalam, Cg Nur Zatil Bayani Bt. M.Jailani dan Cg Rhona Ak Jiga.  Semoga anda menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang. Bekerja bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk kecemerlangan perkhidmatan selama mana kita bertugas. Berikan kerjasama, tunjuk ajar, bantuan dan sebagainya kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka juga menjadi insan guru yang  cemerlang seperti mana yang cikgu perolehi..

Cg Doris Kho Hiong, Cg Rhona Ak Jiga, Puan Noraya Bt Garip dan Cg Nur Zatil Bayani Bt. M.Jailani
Cg Malyani Bt Jamalulalam, Cg Norzima Bt Ali Hussien, Cg Parose Ak Chugan, Cg Hamidon B. Abdul Ghani
Kepada semua rakan guru yang lain, anda juga adalah pekerja yang hebat, tetapi belum masanya untuk dianugerahkan APC. Semoga selepas ini giliran anda pula. Berikan sokongan dan doakan mereka terus berjaya. Semoga dengan sokongan dan doa ikhlas itu Allah SWT akan terus menyokong dan merahmati apa yang kita lakukan. Seterusnya kita akan berjaya seperti mereka.

Terima kasih Cikgu..

Pengetua.