Our social:

Jumaat, Mei 18, 2012

KURSUS KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA) NEGERI SARAWAK 2012

Laporan Oleh Guru Pengiring, Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah
Pada 7-10 Mei 2012 yang lalu merupakan detik yang bersejarah kerana Kelab Kadet Pertahanan Awam SMK Baru Miri telah menghantar dua orang pelajar Tingkatan 2A ke kursus Ketua Platun (KAPA) Negeri Sarawak 2012. Pada keseluruhannya Kursus Ketua Pelatun Pertahanan Awam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebanyak 23 buah sekolah dan seramai 38 orang pelajar telah mengambil bahagian.

Kursus ini telah diadakan di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Kuching, Sarawak. Sehubungan itu pihak sekolah telah menghantar seramai 2 orang pelajar lelaki tingkatan 2A dan  Seorang guru penasihat iaitu Cikgu Mohd. Shorkri Bin Abdullah sebagai guru pengiring dengan menggunakan perkhidmatan Bas Bintang Jaya yang di sewa khas.

Perjalanan mengambil masa yang agak panjang dan memenatkan namun menyeronokkan. Semua pelajar kelihatan tidak sabar untuk mengikuti kursus tersebut. Bas bertolak dari Terminal Bas Pujut tepat jam 5.35 pagi dan sampai ke Akademi Binaan Malaysia pada jam 9.16 minit malalm.

Antara matlamat kursus tersebut ialah :
  1. Mendedahkan kepada pelajar tentang kursus asas kepimpinan.
  2. Mengeratkan hubungan pihak Jabatan Pertahanan Awam, guru-guru dan para pelajar.
  3. Meningkatkan keyakinan diri serta menanam sifat kepimpinan yang bermutu.
  4. Mengesahkan kelayakan seseorang kadet untuk dinaikkan ke tahap dan pangkat yang lebih tinggi.
  5. Mendapat kemahiran kepimpinan yang berkesan untuk membentuk sesuatu kumpulan.
  6. Meningkatkan keyakinan sebagai bakal pemimpin.
 Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
  • Upacara menaikkan bendera
  • Kawad kaki
  • Pengenalan JPAM
  • Sifat-sifat seorang pemimpin
  • Perancangan jangka pendek dan jangka panjang
  • LDK 1
  • Pengenalan panggilan dalam Organisasi
  • LDK 2
  • Tatatertib dan Pakaian seragam
  • Penyelesaian masalah dan 
  • Ujian bertulis
Talimat ringkas oleh jurulati selepas latihan kawad kaki
Aktiviti senaman dijalankan pada waktu pagi untuk memastikan kecergasan fizikal dan minda.
Peserta khusyuk mendengar ceramah
peserta menjalani latihan praktikal kawad kaki
Para peserta menjalani aktiviti LDK dengan penuh komited
Menikmati makanan yang disediakan dengan tertib
Peserta berbalis dan bersalaman dan memberi penghormatan kepada pegawai berkenaan
Bergambar beramai-ramak selepas tamat kursus

Terima kasih Cikgu,

Daripada:
Mohamad Shariff Mat Saad
Pengetua SMK Baru, Miri