Our social:

Jumaat, Mei 01, 2015

Lawatan Penanda Aras

Pada 16 Mac 2015 lalu satu Lawatan Penanda Aras telah di adakan di 2 buah sekolah terbaik di Sabah iaitu Maktab Sabah dan SMK Tambunan Sabah.
Lawatan Penanda Aras yang diusahakan oleh PK1 SMK Baru Miri telah menarik minat Penolong2 kanan sekolah-sekolah di Miri untuk turut serta. Antara yang mereka bersama-sama dengan guru2 SMK Baru Miri ialah Penong Kanan 1 SMK Suai, Penolong Kanan SMK Lopeng Tengah, Penolong Kanan SMK Subis, Guru kanan SMK Agama Miri dan beberapa orang PK Hem dari sekolah2 berdekatan serta seorang pensyarah dari IPG Miri..

Tak lekang dengan senyuman !

Tujuan sebenar lawatan ialah untuk melihat tentang kejayaan sekolah tersebut menubuhkan Bilik Sumber yang hebat dan sekarang mereka telah melangkah selangkah lagi ke ABM secara digital..






Terima kasih kepada pengetua Maktab Sabah Puan Hajjah Nuinda Bt Hj Alias, Pengetua Cemerlang yang sudi menerima kunjungan dan menunggu rombongan sejak dr awal pagi. Begitu juga dengan pengetua SMK Tambunan En Ting Sien Kuan yang sanggup menunggu hingga akhir petang melayani rombongan.. Terima kasih juga kepada semua guru2 kedua-dua sekolah yang turut melayani rombongan..


Jasa dan perkongsian mereka sangat menarik. Sesungguhnya mereka cukup iklas melayani pertanyaan dan menunjukkan beberapa kejayaan yang mereka perolehi. Ilmu yang ahli rombongan dapat amat bernilai.
Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Pengetua SMK Baru Miri..