Our social:

Khamis, Oktober 16, 2014

SMK Baru Miri Cemerlang di Liga Remaja Kreatif 2014 !

Tahniah ! Tahniah kepada pelajar tingkatan 3 SMK Baru Miri yang terdiri daripada Abdullah Bin Nudin, Nicole Anak Charles, Abel Albright Anak Mereni, Mohammad Zarly Wafiuddin Bin Mohamad Shamsul dan Mohammad Rahmat Bin Johan kerana telah dinobatkan antara 10 video terbaik dalam Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Ballroom 3, Lobi Hotel Hilton, Kuching, Sarawak pada 3 Oktober lalu.



Mereka telah mempertaruhkan 3 Video, dan ketiga-tiga video mereka memenangi hadiah iaitu tempat 5, tempat ke 7 dan tempat ke 10. Antara tajuk video mereka ialah Ulang Semula dan Kisah Amran.

Penyertaan mereka dalam Liga pada tahun lalu 2013 gagal masuk Top 10, tetapi tahun ini 2014 ketiga-tiga video mereka layak ke Top 10. Ini suatu yang sangat baik dan hasil kerja mereka bertambah cemerlang. Tahun ini mereka hanya mendapat sagu hati, semoga tahun depan mereka akan berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik. Sama-sama kita doakan agar mereka sentiasa bersemangat untuk mencipta, mempelajari dan berusaha sehingga mereka juga boleh menjadi Johan keseluruhan pada tahun hadapan. Tahniah sekali lagi kepada mereka..

Berikut adalah keputusan penuh pemenang hadiah Pertandingan Liga Remaja Kreatif Peringkat Negeri Sarawak:
Tempat Pertama - SMK Luar Bandar No.1 Sibu
Tempat kedua - Kolej Vokasional, Bintulu.
Tempat Ketiga - SMK Lopeng Tengah, Miri
Tempat Keempat - SMK Tatau, Bintulu
Tempat Kelima - SMK Baru, Miri
Tempat keenam - SMK Bandar Kuching No.1, Kuching
Tempat ketujuh - SMK Baru, Miri
Tempat kelapan - SMK Song, Kapit
Tempat kesembilan - SMK Pujut, Miri
Tempat kesepuluh - SMK Baru Miri.



Memetik ayat keratan surat khabar 'The Borneo Post' yang bertarikh 4 Oktober ( Sabtu ) yang lepas, Guru Pengiring SMK Luar Bandar Sibu No.1 berkata ...

"Amidst the excitement, Norhailmi also reminded his students about their powerful competitors in SMK Baru Miri as well as Johor, Negeri Sembilan and Sabah."


Ini memberi lagi semangat buat pelajar-pelajar untuk menyertainya pada edisi akan datang kerana SMK Baru Miri sudah diaanggap pencabar baru untuk bersaing pada tahun hadapan ... Tahniah !

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cg Chum Siew Yin yang banyak memberi pendorong dan sebagai guru pengiring kepada para pelajar ini, terima kasih kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Cg Ibrahim dan Cg Nurfarhah dan Ibu bapa para pelajar yang sama-sama membimbing dan memberi sokongan dalam projek ini secara langsung atau tidak langsung sehingga mereka berjaya..

Terima kasih Cikgu..