Our social:

Khamis, Julai 10, 2014

RIMUP Gawai Meriah !

Tahniah kepada Cg Monica Nuri dan AJK RIMUP 2014 kerana telah berjaya melaksanakan RIMUP Gawai Dayak Ngiling Tikai pada 28 Jun lalu.

Program Gawai yang penuh dengan warna warni tersebut di sertai oleh semua warga sekolah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik.







Majlis dimulakan dengan menyambut kedatangan YDP PIBG En. Anuar Bin Hj Ahmad, sebagai tetamu kehormat. Perarakan masuk dewan tepat jam 10 pagi.

Pengetua memulakan ucapan alu-aluan dan disusuli ucapan perasmian oleh YDP PIBG, seterusnya persembahan dari pelajar dan persembahan slide.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat.