Our social:

Khamis, Julai 10, 2014

Guru Oh Guru !

























Hari guru peringkat SMK Baru Miri telah disambut pada 27 Mei 2014. Sambutannya sangat sederhana tetapi sangat meriah dengan penglibatan semua warga sekolah.

Sambutan hari guru dimulakan dengan perarakan masuk YDP PIBG SMK Baru Miri ke Dewan, dimulakan dengan doa dan semua perutusan menteri berkenaan dan Ucapan alu-aluan pengetua seterusnya ucapan Perasmian oleh YDP PIBG Kaunselor Anuar Bin Haji Ahmad.

Pelbagai aktiviti telah disediakan, antaranya ialah memotong kek Hari Guru, persembahan pelajar dan guru, sukaneka antara guru dan pelajar serta kakitangan sekolah, dan pelbagai permainan menarik sepanjang sambutan hari guru tersebut.

Tahniah kepada Cg Shorkri Abdullah dan Puan Tan Guek Ee dan Lembaga pengawas SMK Baru Miri yang telah bertungkus lumus mengatur program sehingga berjaya dilaksanakan. Terima kasih juga kepada semua pelajar yang telah memberi sumbangan dan tidak dilipakan PIBG SMK Baru Miri yang sentiasa mengambil berat atas semua aktivii sekolah..

Selamat Hari Guru.. Terima kasih kepada semua guru, para pelajar dan semua Anggota Kakitangan Pelaksana..