Our social:

Isnin, Mei 13, 2013

Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid & Tulisan Khat 2013

Majlis Tadarus Al-Quran, Festival Nasyid & Tulisan Khat Peringkat Sekolah-sekolah Kementerian  Pelajaran Malaysia Bahagian Miri Tahun 2013M/1434H telah diadakan di dewan Harmoni SMK Baru Miri pada 27 April 2013 sekaligus SMK Baru Miri telah diberi mandat oleh PPD untuk menguruskannya dari mula sehingga majlis penangguhan. 








Antara aktiviti dan acara yang dipertandingkan ialah :
  1.  Majlis pengundian & Taklimat peserta
  2. Majlis Taklimat hakim
  3. Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah
  4. Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah
  5. Pertandingan Hafazan Sekolah Menengah
  6. Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah
  7. Pertandingan Syarahan Agama Sekolah Menengah
  8. Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah
  9. Pertandingan Menulis Khat Sekolah Menengah
  10. Festival Nasyid Sekolah Menengah
  11. Festival Nasyid Sekolah Rendah
  12. Majlis Penangguhan & Penyampaian Hadiah
Majlis penangguhan MTQ yang bertemakan "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah" kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Pn. Rosey Bt Hj Yunus N61 Bekenu. Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga.

Persembahan dari Ustaz Amin dari SK Kelapa Sawit 4

Ucapan dari Ustaz Hj Awangku Zulkarnain. Wakil PPD Miri

Ucapan dari YB Pn Roseey - Terima kasih kerana telah menyumbang RM3000 kepada PIBG SMK Baru Miri

Persembahan dari juara bercerita sekolah rendah

Persembahan dari Juara

Wakil PPD Subis dan Baram
Turut hadir dalam majlis penangguhan tersebut ialah Pengetua SMK baru Miri. Wakil PPD Baram dan Subis dan Kaunselor Anuar Bin Hj Ahmad, YDP PIBG SMK Baru Miri.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Haji Awangku Zulkarnain Bin Awang Ayub, Penyelia Pelajaran Unit Pendidikan Islam PPD Miri, Ustazah Normah Bt Asmad Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Baru Miri, Ustaz Mohd Sukri Bin Mohd Yunus dan Ustaz Ahmad Fauzi Bin Mohamed yang telah bertungkus lumus menyiapkan persiapan sehingga majlis berjalan lancar. Terima kasih juga kepada semua guru dan para pelajar SMK Baru yang telah memberi komitment dan semangat kerjasama yang tinggi terhadap majlis ini.

Terima kasih Cikgu..