Our social:

Selasa, Oktober 16, 2012

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum SMK Baru Miri Kali Pertama 2012

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum SMK Baru Miri Kali pertama telah di adakan pada hari Sabtu 15 September lalu. Majlis penuh gilang gemilang itu telah di rasmikan oleh Wakil Kepada Yang Berbahagia En Lawrence Lai Yew Son, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Miri iaitu Kaunselor Kijan Toynbe. Majlis berjalan dengan lancar bermula pada jam 7 hingga 10 pagi dengan pemeriksaan barisan Unit Beruniform SMK Baru Miri Oleh Cik Norlia Jol Pegawai dari PPD Miri.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shukri
Persembahan oleh Adik Anuar B. Ibrahim dan Mohd Nazri
Persembahan oleh Adik Jordan Lau, Juga merupakan pelajar terbaik dalam Kokurikulum. Beliau banyak mendapat anugerah sama ada di peringkat daerah maupun peringkat negeri dan antarabangsa. Beliau hebat dalam Wushu
Ketibaan tetamu kehormat
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, disusuli dengan persembahan darpada pe;lajar Tingkatan 6 Rendah Adik Anuar Bin Ibrahim dengan rakannya Adik Mohd Nazri Pelajar Tingkatan 5. Selesai persembahan ucapan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua En. Mohamad Shariff bin Mat Saad, diikuti dengan ucapan perasmian oleh, yang berbahagia Kaunselor Kijan Toynbe, wakil kepada Datuk Bandar.

Ucapan aluan daripada Pengetua


Upacara Perasmian
Penyampaian hadiah oleh YDP PIBG
Penyampaian hadiah oleh Cik Norlia Jol
Penyampaian hadiah oleh Tetamu Kehormat
Turut hadir ke Majlis Anugerah pelajar Cemerlang Kokurikulum SMK Baru Kali ini ialah, YDP PIBG En. Anuar Bin Hj Ahamd serta Ahli Eksco, Para jurulatih dari luar dan para pelajar yang dijemput khas penerima anugerah dan pelajar yang diberi penghormatan hadir dari tingkatan 4,5 dan Tingkatan 6.

Guru-guru hebat SMK Baru Miri..
Tahniah kepada semua AJK Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum SMK Baru Miri yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah. Semoga SMK Baru Miri akan terus cemerlang.

Terima kasih Cikgu..