Our social:

Khamis, September 20, 2012

Majlis Pelancaran Rayuan Pahlawan 2012


Kuala Lumpur, 19 Jul.  Isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, selaku penaung Rayuan Hari Pahlawan 2012 telah merasmikan Pelancaran Rayuan Hari Pahlawan 2012 bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Kutipan Rayuan Hari Pahlawan 2012 adalah selama tiga bulan mulai 15 Jul hingga 15 Oktober 2012. Pelancaran tersebut secara rasminya, dapat rakyat Malaysia untuk turut serta dalam menghargai pahlawan-pahlawan negara yang telah menyumbangkan bakti kepada negara dengan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan.  Setiap penderma akan diberikan sekuntum Bunga Raya sebagai simbol Rayuan Hari Pahlawan ini dan ianya dipakai sepanjang tempoh kutipan dilaksanakan.  Sumbangan boleh dibuat kepada akaun Tabung Rayuan Hari Pahlawan 10-595-000-320-1 (Affin Bank) melalui wakil-wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) di seluruh negara serta Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Terima kasih kepada semua dermawan SMK Baru Miri kerana telah berjaya mengutip derma sebanyak RM497.60 Walaupun tidak banyak tetapi kita telah sama-sama menyumbang dan sedikit sebanyak dapat menolong mereka yang memerlukan. 

Untuk bacaan seterusnya sila layari : http://www.navy.mil.my/index.php/pautan-interaktif/arki /2012/item/11519-majlis-pelancaran-rayuan-hari-pahlawan-2012

Terima kasih Cikgu